game end | tamat permainan | Sukan | Tiada | Berakhirnya permainan apabila salah seorang pemain mencapai mata ke-15 dalam permainan beregu lelaki dan beregu wanita atau ke-11 dalam permainan perseorangan wanita. |
dialect boundary | sempadan dialek | Sosiolinguistik | Tiada | Tempat bermula dan berakhirnya satu-satu dialek dengan menggunakan isoglos. |
premature labor | pelahiran pramasa | Perubatan | Tiada | Proses kelahiran bayi yang hidup sebelum berakhirnya gestasi, selalunya akibat gangguan kehamilan di antara minggu ke-28 hingga ke-37. |
storm duration | jangka masa ribut | Hidrologi | Tiada | Tempoh di antara bermula dan berakhirnya kerpasan, sama ada keseluruhan atau melebihi suatu nilai ambang. |
gust duration | tempoh langkisau | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Selang waktu antara mula terjadinya langkisau hingga berakhirnya langkisau tersebut. |
curtain call | sembah seni | Kesenian | Drama dan Teater | Perbuatan memberikan penghormatan kepada penonton selepas berakhirnya sesuatu pementasan mengikut watak dan peranan. Sembah seni melibatkan tunduk hormat untuk memperkenalkan pelakon dan petugas produksi. |
gust decay time | waktu susut langkisau | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Selang waktu ketika terjadinya amplitud langkisau hingga berakhirnya langkisau tersebut. |
economy recovery | pemulihan ekonomi | Ekonomi | Tiada | Peringkat kitaran perniagaan yang semakin meningkat dan bertambah kukuh selepas berakhirnya tempoh kemelesetan. |
North Atlantic Treaty Organization (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1949.Pertubuhan ini merupakan reaksi Barat terhadap ancaman yang diterima daripada Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini pada asalnya mempunyai 12 anggota, iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali, Belanda, Belgium, Luxembourg, Denmark, Iceland, Norway dan Portugal. Keanggotaannya diperluas meliputi Greece, Turki (1952), Federal Republic of Germany (1955) dan Sepanyol (1982). Anggota pertubuhan ini bersepakat menganggap bahawa sebarang serangan terhadap mana-mana anggota sebagai serangan terhadap semua negara. Setiap anggota bertanggungjawab menolong anggota yang diserang sebagaimana yang diperlukan bagi memulihkan keselamatan kawasan Atlantik Utara. Setelah berakhirnya Perang Dingin, pertubuhan ini masih lagi dianggap relevan dan diperlukan oleh negara anggotanya. Sinonim NATO. |
infection type | jenis jangkitan | Biologi | Patologi | Berjenis-jenis belur atau gejala yang nampak secara terus-menerus dari peringkat awal hingga ke peringkat yang lebih parah pada perumah setelah berakhirnya kala pendam. |