Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ran.ja/]/[ber.an.ja/] | برانجق

Definisi : 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat, berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan masuk ke kamarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ran.ja/]/[ber.an.ja/] | برانجق

Definisi : berpindah atau berengsot sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranjak

Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bed, shiftingdasar beranjakHidrologiTiadaDasar yang topografinya berubah mengikut masa.
creeprayapKesenianTiada2. Perihal gebar cetak beranjak ke hadapan semasa pencetakan. 3. Perebakan dakwat atau cat di permukaan kertas.
advanced dunegumuk depanGeografiTiadaGumuk pasir yang telah beranjak kehadapan akibat proses aeolian.
keying chipskicauan kekuncianKejuruteraanTiadaBunyi yang mengiringi isyarat kod apabila penghantar tidak stabil dan frekuensinya beranjak sedikit setiap kali kunci penghantaran ditutup.
isochronous governorpengawal imbang bersemasaMekanikGunaanPengawal imbang yang mempunyai laju keseimbangan yang sama untuk semua jejari putar. Bagi pengawal imbang jenis ini, sarung pengawal beranjak ke salah satu kedudukan yang paling jauh sebaik-baik sahaja laju berubah daripada laju bersemasa. Mana injap masuk bahan api akan terbuka atau tertutup sepenuhnya dan keseimbangan sukar dicapai.
Abney lawhukum AbneyFizikOptikHukum yang menyatakan bahawa jika suatu warna spektrum yang jarak gelombangnya kurang daripada 570 nm, ternyahtepu kerana penambahan cahaya putih, maka ronanya beranjak ke hujung merah garis spektrum. Jika jarak gelombang spektrum tersebut lebih daripada 570 nm maka ronanya bergerak ke arah warna biru.
modern statenegara modenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintah yang sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mengamalkan pembahagian kerja dan sistem hierarki yang tersusun serta birokrasi yang cekap. Pemerintah atau negara ini sudah beranjak dari tahap tradisional kepada tahap yang moden berteraskan sains dan teknologi. Bidang kuasanya dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Pentadbiran dalam pemerintahan menekankan kecekapan, motivasi dan mempunyai matlamat atau sasaran yang sudah ditetapkan. Perincian tugas pelbagai bahagian dalam birokrasi ini dibuat secara sistematik bagi mengelak pertindanan tugas. Nilai urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan transparensi ditekankan dalam pemerintahan moden bagi mengelakkan nilai negatif seperti korupsi, penyalahgunaan dan pengumpulan kuasa.

active-force diagramgambar rajah daya tindakanMekanikGunaangambar rajah yang mentakrif sistem daya yang bertindak pada sesuatu sistem jasad tetapi hanya menunjukkan daya tindakan tanpa menunjukkan daya tindak balas. Untuk melukis gambar rajah ini, sistem berkenaan tidak perlu dipencilkan daripada pengekangnya dan daya tindak balas tidak didedahkan. gambar rajah ini hanya digunakan dalam analisis statik yang menggunakan kaedah kerja maya dan dalam analisis dinamik apabila prinsip kerja dan tenaga digunakan. Gambar rajah ini digunakan sebagai ganti gambar rajah jasad bebas untuk memudahkan perhitungan nilai kerja yang terlibat. Daya tindak balas tidak perlu ditunjukkan kerana daya ini mengekang titik kenaannya dari beranjak pada arah tindakannya dan, dengan itu, tidak melakukan sebarang kerja.

Kembali ke atas