amylose | amilosa | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Komponen kanji selain amilopektin. Amilosa adalah polimer lurus yang berantai ?-1,4 dan menghasilkan warna biru apabila bertindak balas dengan iodin. |
amylopectin | amilopektin | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Komponen utama kanji selain amilosa. Amilopektin merupakan polimer bercabang yang berantai ?-1,4 dan ?-1,6 dan menghasilkan warna ungu apabila bertindak balas dengan iodin. |
subcritical reactor | reaktor subgenting | Fizik | Atom dan Nuklear | Reaktor yang mempunyai pemalar pendaraban berkesan kurang daripada 1, maka tindak balas berantai swasokongan tidak dapat dikekalkan. Sinonim perhimpunan subgenting. |
unsaturated fatty acid | asid lemak tak tepu | Veterinar | Tiada | Asid lemak yang mengandungi ikatan bon berganda. Contohnya, asid linoliek (C18:1), asid oleik (C16:1) dan asid linolenik (C18:2) yang diperlukan oleh ternakan dan mesti dibekalkan dalam makanan kerana tidak mampu mensintesis bahan tersebut dengan sendiri. Asid ini juga mudah dioksidakan menjadi tepu, asid lemak tepu berantai pendek, polimer asid lemak, aldehid atau hidrokarbon. Contoh makanan yang mengandungi asid lemak tak tepu ialah minyak kacang soya, minyak ikan dan minyak kacang tanah. |
core | teras; gelendong | Kejuruteraan | Tiada | 1. Teras: Bahagian reaktor tempat tindak balas berantai nukleus berlaku. |
supercritical | supergenting | Kejuruteraan | Tiada | Keadaan apabila pemalar gandaan berkesan lebih besar dari 1 dan mengakibatkan tindak balas berantai berterusan. |