Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.las] | بربالس

Definisi : 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.las] | بربالس

Definisi : saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalas

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hempas tulang tak berbalas jasa.

Bermaksud :

Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thermonuclear exchangeberbalas tembak termonuklearSejarahTiadaTiada
opposisitional riddlesteka-teki berbalas.KesusasteraanTiadaTeka-teki jenis ini mengandungi 3 unsur yang bertentangan iaitu: 1. Kontrodiksi yang berlawanan [antithetical contradictive]. Contoh: saya kasar, saya licin, saya basah, saya kering. Saya dipakai setiap orang? [lebuh raya]. 2.Kontradiksi yang mengurangi [privatational contradictive] Contoh : apa bendanya yang menjerit atau melaung tetapi tak boleh bercakap ? [kereta api]. 3. Kontradiksi yang menyebabkan [causal contradictive] . Contoh : apa yang menuju ke rumah tetapi tak meninggalkan jejak? [jalan]
cross easement of supportisemen berbalas sokongGeografiTiadaTiada
infightingtinju rapatSukanTiadaKeadaan kedua-dua petinju berada dalam keadaan rapat dan saling berbalas tumbukan. Sinonim: rally of in fight
rally of in fighttumbuk berapatSukanTiadaKeadaan kedua-dua petinju berada dalam keadaan rapat dan saling berbalas tumbukan.
kalong tudak (Mel.)kalong tudak (Mel.)KesenianTiadaIkatan kemasan yang berbentuk silang lilit biasanya disilangi secara bersusun lilit berbalas.
ikat lilit silangikat lilit silangKesenianTiadaIkatan kemasan yang berbentuk silang lilit biasanya disilangi secara bersusun lilit berbalas.
oral poetrypuisi lisanKesusasteraanPuisiPuisi yang tidak bertulis, penyampaiannya kepada khalayak adalah dengan cara dituturkan atau dideklamasikan. Ada kalanya puisi lisan ini diucapkan secara spontan. Contohnya, dalam acara berbalas pantun.
political conflictkonflik politikPentadbiranPentadbiran Awam

Pertentangan politik antara individu, kelompok atau organisasi kerana kepentingan yang berbeza. Konflik boleh meletus apabila wujud perselisihan yang tidak dapat dibendung berkembang menjadi konflik yang lebih serius. Konflik pada peringkat krisis hanya melibatkan berbalas kenyataan dan tindakan memboikot. Namun apabila keadaan ini tidak berubah, konflik boleh menjadi lebih besar dan serius kepada peperangan atau konflik terbuka. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan konflik seperti perebutan sumber yang terhad, perbezaan etnik dan kelas serta faktor ideologi. Namun rata-rata kesemua asas konflik ini dapat dirumus sebagai pertentangan kepentingan.

web conferencesidang webTeknologi Maklumate-PembelajaranPertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video.
12

Kembali ke atas