Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Hujan berbalik ke langit.

Bermaksud :

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reverse transcriptasetranskriptase berbalikFarmasiBioteknologi FarmasiEnzim DNA polimerase yang menukarkan bebenang tunggal RNA kepada DNA bebenang komplementari (cDNA) melalui proses transkripsi berbalik. Transkriptase berbalik diperoleh daripada retrovirus, seperti virus leukemia murin Moloney (MMLV) dan virus miloblastosis avian (AMV). Transkriptase berbalik dikenali juga sebagai DNA polimerase bersandarkan RNA.
anticholinesterase agentagen antikolinesteraseFarmasiFarmakologiAgen parasimpatetik yang merencat atau menyahaktif enzim asetilkolinesterase secara berbalik atau tidak berbalik dan menyebabkan aktiviti asetilkolina berlanjutan. Agen antikolinesterase berbalik seperti neostigmina, fisostigmina dan edrofonium klorida bertindak dalam jangka masa pendek (sehingga 12 jam), manaka1a agen antikolinesterase tidak berbalik bertindak selama beberapa hari atau m.inggu. Contoh agen antikolinesterase ialah demekarium bromida dan diisopropil fluorofosfat. Lihat juga asetilkolina, parasimpatetik.
counterpointpola berbalikKesusasteraanTiadaAmalan mensejajarkan unsur-unsur yang berbeza. Dalam konteks kesusasteraan, pola berbalik merujuk kepada teknik mempertemukan watak yang berkontra dengan watak yang seiring dengannya. Pola berbalik ini dipinjam daripada bidang muzik yang mengamalkan gabungan pelbagai melodi lagu.
complementary DNA (cDNA)DNA komplementari (cDNA)FarmasiBioteknologi FarmasiBebenang DNA tunggal yang disintesis dengan menggunakan RNA sebagai templat melalui proses transkripsi berbalik oleh enzim transkriptase berbalik. DNA komplementari boleh juga digunakan sebagai templat untuk menghasilkan cDNA ganda dua. Sinonim DNA pelengkap (cDNA). Lihat juga cDNA ganda dua.
reversionary insuranceinsurans berbalikinsuransTiadalih. anuiti berbalik.
non-reversal shiftpertukaran tak berbalik (PEM.MAN), peralihan tak berbalikPsikologiTiadaTiada
reversed printcetak berbalikPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan setem yang dicetak berbalik sama ada sengaja atau tidak.
reversible actiontindakan boleh berbalikFizikHabaLih. proses boleh berbalik.
reverse transcriptiontranskripsi berbalikFarmasiBioteknologi FarmasiPenghasilan DNA bebenang tunggal komplementari (cDNA) oleh sejenis enzim DNA polimerase, iaitu transkriptase berbalik dengan menggunakan RNA sebagai templat.
reversible processproses boleh berbalikFizikHabaProses termodinamik yang boleh kembali ke keadaan asalnya secara sempurna dengan membuat perubahan keadaan luaran. Proses kuasistatik, tindakan boleh berbalik.
12345678910...

Kembali ke atas