irreversible process | proses tak berbalik | Fizik | Haba | Proses yang tidak boleh kembali ke keadaan asalnya dengan perubahan infinitisimal pada keadaan luaran tertentu. bd. proses boleh balik. |
reversible change | perubahan boleh balik | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan yang dilaksanakan supaya sistem berada dalam keseimbangan pada sebarang masa dan penurunan yang sedikit pada faktor yang menyebabkan perubahan itu akan menyebabkan setiap ciri proses ke hadapan itu berbalik sepenuhnya. |
photochromism | fotokromisma | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Transformasi boleh balik antara dua spesies kimia yang menyerap pancaran elektromagnet pada spektrum penyerapan yang berbeza. Hal ini boleh dijelaskan sebagai perubahan warna boleh berbalik apabila terdedah kepada cahaya. |
radar | radar | Sains | Hidrometeorologi | Kaedah yang menggunakan radio bagi penentuan arah dan jarak sesuatu objek di stesen tunggal. Dalam sistem seumpama ini jarak ditentukan oleh masa perjalanan semboyan dari stesen ke objek dan balik. Istilah radar diterbitkan daripada singkatan radio detection and range. Radar terdiri daripada pemancar radio jenis istimewa dan penerima yang ditempatkan di tempat yang sama dan selalunya menggunakan antena yang sama. Tenaga radio yang dipancarkan oleh alat pemancar dan difokuskan oleh antena merambat melalui atmosfera dalam cekak yang kecil. Dalam perjalanannya melalui atmosfera, objek yang terdapat dalam laluannya akan memantul, menyelerak, dan menyerap tenaga. Sebahagian kecil tenaga terpantul dan berselerak, iaitu semboyan sasaran, akan berbalik mengikut laluan yang sama melalui atmosfera dan dipintas oleh antena penerima. |