polysaccharide | polisakarida | Bioteknologi | Tiada | Karbohidrat berberat molekul tinggi yang terbentuk daripada unit-unit gula (monosakarida) yang dihubungkan oleh ikatan glikosida. Contoh polisakarida ialah kanji, glikogen, selulosa, hemiselulosa, kitin, dan mukopolisakarida. |
cellulose | selulosa | Bioteknologi | Tiada | Polisakarida berberat molekul tinggi yang terbina daripada residu (1-4)-terangkai β-D-glukosa dalam bentuk rantai panjang tak bercabang. Selulosa terdapat dalam dinding sel tumbuh-tumbuhan tinggi, dan dapat juga wujud sebagai kompleks lignoselulosa dalam kayu dan sisa pertanian. |
lipopolysaccharide | lipopolisakarida | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Bahan berberat molekul tinggi yang terdiri daripada lipid dan rantai residu gula (polisakarida) yang terikat secara kovalen. Lipopolisakarida terdapat pada lapisan atau bahagian sebelah luar dinding sel bakteria gram negatif. Struktur lipopolisakarida boleh menguatkan dinding sel bakteria gram negatif di samping melindungi sel bakteria daripada tindakan lisis sel darah putih. |
poloxamine | poloksamina | Farmasi | Tiada | Polimer blok polieter berberat molekul tinggi. |
crystallization | penghabluran | Bioteknologi | Tiada | Kaedah penulenan sebatian berberat molekul rendah, misalnya penghabluran Penisilin g yang diekstrak daripada kaldu fermentasi dengan menggunakan butil asetat melalui penambahan kalium asetat ke dalam larutan alkohol. |
thermosetting polymer | polimer tertermoset | Kejuruteraan | Polimer | Polimer berberat molekul rendah yang boleh diawet dengan kehadiran haba dan mangkin. |
ensemble average | purata ensembel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Operasi pemurataan berberat atau berkadar ke atas sifat yang diperhatikan dalam sesuatu analisis. Konsep ini digunakan kerana pengumpulan data di dalam sesuatu eksperimen dilakukan dalam jangka masa yang panjang dan pengaliran sistem tersebut juga melalui ruang fasa. Dengan ini, konsep purata ensembel adalah sepadan dengan konsep purata masa. |
epoxy resin | resin epoksi | Kejuruteraan | Polimer | Polimer tak tepu berberat molekul rendah yang mengandungi kumpulan epoksi yang digunakan sebagai prapolimer untuk penghasilan polimer yang tahan kimia dan tahan haba selepas diawet dengan agen pengawet. Contoh kegunaan resin epoksi adalah sebagai penyalut, lantai makmal dan perekat. |
heterogenous nuclear RNA (HnRNA) | RNA nukleus heterogen | Bioteknologi | Tiada | RNA berberat molekul tinggi yang terbentuk sebagai hasil transkripsi primer gen struktur eukariot. RNA jenis ini mengandungi jujukan ekson dan intron yang dapat diubah kepada mRNA melalui pemotongan intron. |
polymeric plasticizer | pemplastik polimer | Kejuruteraan | Polimer | Pemplastik yang merupakan polimer berberat molekul rendah yang dicampurkan ke dalam plastik sebagai pemplastik. |