bib blouse | blaus bib | Kesenian | Tiada | Blaus berbutang belakang dan berbib pada bahagian hadapan. |
corazza | kemeja koraza | Kesenian | Tiada | Kemeja lelaki berbutang di belakang dan tirus mengikut bentuk badan dan berlengan sendat, biasanya dibuat daripada fabrik kapas kambrik. Digunakan pada pertengahan abad ke-19. |
cutaway coat | kot bajang berpinggul | Kesenian | Tiada | Jaket rasmi berbutang tunggal dan berlapel runcing. Bahagian pinggulnya menyerong dari garis pinggang tengah hadapan ke paras paha tengah belakang. Biasanya dipadankan bersama-sama weskot dan seluar jalur. Ia juga dikenali sebagai kot pagi. |
funnel collar | kolar corong | Kesenian | Tiada | Kolar lebar tegak, berbutang atau berzip, digunakan pada jaket atau kot musim sejuk. |
French vest | rompi Perancis | Kesenian | Tiada | Rompi berlapel tegak dan berbutang dari leher ke pinggang, pakaian lelaki pada tahun 1960-an. |
achkan | akkan | Kesenian | Seni Reka | Kot putih kembang paras lutut, berbutang penuh di hadapan, berkepuk Nehru, pakaian lelaki India. |
jumpsuit | jumpsut | Kesenian | Tiada | Kemeja dan seluar selanjar, berzip dan berbutang hadapan. Diperkenalkan pada Perang Dunia I untuk juruterbang. |
Balmacaan | kot Balmacaan | Kesenian | Tiada | Kot longgar berlengan raglan, berkolar dan berbutang hingga ke pangkal leher. Biasanya dibuat daripada fabrik twed atau fabrik kalis air. Nama ini diambil dari Balmacaan Invernesshire, Scotland. |
fourreau | fourreau | Kesenian | Tiada | Gaun syif longgar yang bergaris puteri, berbelah tengah hadapan, berbutang, tanpa kelim bahagian pinggang dan biasanya dipakai bersama peplum pada bahagian pinggang. Popular pada tahun 1860 di Perancis. |
coat dress | gaun ala kot | Kesenian | Tiada | Gaun klasik berpotongan kot, mempunyai belah berbutang di hadapan dari garis leher ke kelepet dan berbres dubel, bertali pinggang atau tanpa tali pinggang. |