derived drive | dorongan perolehan | Psikologi | Psikologi Umum | Kehendak yang didorong oleh rangsangan luaran. Contohnya, kanak-kanak yang memaksa ibunya pergi bercuti ke Langkawi setelah mengetahui kawannya pergi bercuti di tempat tersebut. Sinonim dorongan terbitan. |
holiday propensity | kecenderungan bercuti | Pelancongan | Tiada | Keinginan individu untuk melancong yang dipengaruhi oleh ciri-ciri tempat, masa atau aktiviti yang ingin dilakukan semasa percutian. |
vacation farm tourism | pelancongan percutian ladang | Pelancongan | Tiada | Aktiviti bercuti dan melawat ladang ternakan dan tanaman sebagai destinasi pelancongan. |
vacation ownership | pemilikan percutian | Pelancongan | Tiada | Penggunaan rumah percutian semasa bercuti melalui keahlian perkongsian masa atau pemilikan rumah kedua. |
cruise ship | kapal persiaran | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kapal untuk membawa pelancong bercuti. |
timesharing vacation ownership | pemilikan percutian perkongsian masa | Pelancongan | Tiada | Penggunaan rumah percutian semasa bercuti secara bergilir-gilir mengikut waktu yang diagih-agihkan. |
vacation home | rumah percutian | Pelancongan | Tiada | Kediaman yang dijadikan sebagai tempat penginapan semasa bercuti. |
second home | rumah kedua | Pelancongan | Tiada | Kediaman yang dimiliki oleh individu dan hanya didiami semasa bercuti. |
vacation saving plan | rancangan simpanan percutian | Pelancongan | Tiada | Rancangan untuk mengumpul dana sebagai persediaan untuk pergi bercuti. |
annual leave passage | tambang cuti tahunan | Pentadbiran | Tiada | Kemudahan yang diberi oleh majikan kepada pekerjanya (kakitangan tertinggi sesebuah syarikat) sekali dalam setahun untuk tujuan bercuti. |