akathisia | akatisia | Perubatan | Tiada | Kegelisahan motor yang mengakibatkan pesakit tidak dapat berdiam diri. Keadaan ini merupakan salah satu gejala penyakit Parkinson. |
silent treatment | perlakuan hening | Psikologi | Tiada | Tindakan mengabaikan sepenuhnya seseorang atau benda, dengan berdiam diri sebagai cara menyatakan penghinaan atau penolakan. |
abet | bersubahat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan memudahkan atau membantu secara aktif individu jenayah. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak melakukan sesuatu atau berdiam diri terhadap jenayah tersebut, maka dia tidak akan dianggap sebagai bersubahat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, konsep bersubahat dapat dilihat dalam kes Furundzija, (komandan perang di negara bekas Yugoslavia) yang dituduh bersubahat dalam melakukan jenayah seksual terhadap mangsa perang. Dalam kes ini, Anto Furundzija (si tertuduh) telah menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol dan diserang secara seksual oleh seorang individu lain. Tribunal Jenayah Antarabangsa bekas Yugoslavia memutuskan bahawa kehadiran dan perbuatan si tertuduh menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol adalah perbuatan membantu dan bersubahat dalam jenayah kerana si tertuduh memberikan bantuan, galakan dan sokongan moral kepada pesalah seksual tersebut. Furundzija telah didapati bersalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. lain dengan pengetahuan |
the silent majority | majoriti senyap | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap. |
persistent objector | pembantah berterusan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Negara yang menyanggah sesuatu amalan negara lain secara berpanjangan, tanpa gagal. Walaupun amalan tersebut pada akhirnya menjadi undang-undang adat antarabangsa yang mengikat semua negara, tetapi undang-undang adat antarabangsa tidak akan mengikat negara pembantah berterusan tersebut. Tiada kewajipan antarabangsa yang boleh diberikan kepada sesebuah negara tanpa persetujuan negara berkenaan kerana semua negara merupakan entiti yang berdaulat. Sekiranya sesebuah negara tidak membantah sesuatu amalan negara lain, maka tindakan berdiam diri boleh dianggap sebagai menyatakan persetujuan secara tersirat. Contoh negara pembantah berterusan ialah Norway dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries yang diputuskan pada tahun 1951. Dalam kes ini, Norway menggunakan garis pangkal lurus untuk menetapkan perairan wilayahnya. Britain mendakwa Norway telah melanggar undang-undang adat antarabangsa kerana tidak menggunakan garis pangkal normal yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Kesannya, perairan |