rotary mower | mesin rumput putar | Landskap | Tiada | Pemotong rumput berenjin yang mempunyai dua bilah pemotong pad a sekeping besi yang berputar secara mendatar. Pemotong rumput ini sesuai untuk memotong rumput yang tebal seperti rumput tepi jalan. |
motor insurance | insurans motor | insurans | Tiada | Perlindungan insurans kenderaan berenjin seperti: 1. Insurans komprehensif. 2. Liabiliti pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. 3. Liabiliti pihak ketiga. 4. Kecederaan anggota atau kematian pihak ketiga. |
motor insurance | insurans motor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans kenderaan berenjin seperti: 1. Insurans komprehensif. 2. Liabiliti pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. 3. Liabiliti pihak ketiga. 4. Kecederaan anggota atau kematian pihak ketiga. |
river boat tourism | pelancongan susur sungai | Pelancongan | Tiada | Aktiviti melancong untuk menyusuri sungai dengan menaiki perahu berenjin. |
motorcycle insurance | insurans motosikal | insurans | Tiada | Sebahagian daripada insurans motor yang merangkumi semua kenderaan beroda dua yang berenjin. |
motorcycle insurance | insurans motosikal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebahagian daripada insurans motor yang merangkumi semua kenderaan beroda dua yang berenjin. |
Automotive Design | Reka bentuk Automotif | Kesenian | Tiada | Subbidang Reka Bentuk Pengangkutan yang menekankan aspek yang berkaitan dengan reka bentuk kenderaan berenjin. |
emission control | kawalan pemancaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1) Peraturan untuk mengurangkan kadar toksik, tahap pencemara atau kandungan bahan cemar dalam gas ekzos kenderaan berenjin dan kilang. Kawalan ini bertujuan untuk memastikan gas ekzos yang dikeluarkan tidak mencemarkan alam sekitar. Antara bahan toksik yang diukur ialah CO, CD2, NOx, SO2 dan CH. 2) Kawalan pencemaran alam sekitar akibat gas ekzos enjin dengan menggunakan peranti yang dipasang pada sistem ekzos. Dalam kereta terkini, sistem ini meliputi penukar bermangkin, set penderia dan penggerak serta unit pemprosesan data yang akan memantau dan mengubah suai situasi. Sebagai contoh, penukar bermangkin menggunakan pemangkin dan oksigen untuk membakar sebarang bahan api yang masih belum terbakar dan sesetengah bahan kimia lain yang keluar daripada enjin melalui ekzos. Penderia oksigen dalam aliran ekzos memastikan bahawa oksigen cukup untuk pemangkin bertindak balas dan mengubah suai campuran bahan api dan udara dalam kebuk pembakaran. |
inshore fishing | penangkapan ikan pesisir | Perikanan | Tiada | Aktiviti menangkap ikan di kawasan yang kurang dari 30 batu nautika dari pantai, menggunakan bot kecil yang berenjin luar atau dalam. Saiz bot yang digunakan biasanya kurang daripada 40 tan. Tempoh aktiviti penangkapan ikan pesisir tidak melebihi 24 jam. |
octane requirement | keperluan oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor oktana bahan api minimum yang diperlukan oleh enjin tertentu untuk beroperasi tanpa bunyi ketukan. Piawai keperluan oktana yang digunakan oleh kenderaan yang berenjin gasolin di Malaysia ialah nombor oktana 92. |