Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fa.ha.man] | برفهمن

Definisi : mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fa.ha.man] | برفهمن

Definisi : 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfahaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
new historicismpersejarahan baruKesusasteraanTiadaKajian sastera yang berfahaman bahawa karya sastera yang diberi makna baharu berdasarkan interpretasi dua konteks, iaitu konteks sejarah pengarang dan konteks zaman yang dikritik.
economy of high wagesekonomi upah tinggiEkonomiTiadaEkonomi yang berfahaman bahawa untuk meningkatkan upah akan meningkatkan produktiviti.
detenteperedaan keteganganSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar pengurangan ketegangan yang digunakan antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat semasa Perang Dingin. Dasar ini dipelopori oleh Presiden Richard Nixon dalam menghadapi negara berfahaman komunis. Dasar ini berbeza dengan dasar pembendungan yang diamalkan sebelum ini. Dasar ini telah memulihkan hubungan baik antara Amerika Syarikat dengan China, dan kemuncaknya ialah lawatan pertama Presiden Richard Nixon ke China. Sinonim detente.
zionismfahaman zionisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang dibentuk pada tahun 1880-an. Fahaman ini menerangkan kesedaran nasionalis Yahudi yang berusaha menempatkan orang Yahudi di Palestin. Walaupun tidak semua orang Yahudi berfahaman zionis dan tidak semua mahu tinggal di Israel, namun mereka masih menyokong perjuangan Israel. Sinonim zionisme.
anti-Semitismfahaman anti-YahudiSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme.
managerial economicsekonomi pengurusanEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menggunakan penyelesaian masalah asas ekonominya dibuat oleh satu unit pusat perancangan yang tertetak di bawah jagaan kerajaan. Ekonomi perancangan pusat diamalkan oleh negara-negara yang berfahaman komunis seperti negara China.
International SocialismSosialisme AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang menyatakan sosialisme sepatutnya berlaku ekoran revolusi antarabangsa. Pada tahun 1848, Marx dan Engels telah menyeru supaya pekerja daripada semua negara bersatu. International Working-men�s Association (First International) ditubuhkan oleh Marx pada tahun 1876 yang kemudian dibubarkan oleh beliau sendiri. Second International ditubuhkan pada tahun 1889 yang keahliannya merangkumi sosialis berfahaman Marxis dan bukan Marxis. Pertubuhan ini gagal kerana majoriti sosialis lebih mementingkan usaha negara masing-masing dalam Peperangan Dunia Pertama pada tahun 1914. Third International ditubuhkan pada tahun 1919 tetapi dibubarkan pada tahun 1943. Di Kesatuan Soviet, doktrin rasmi negara tersebut pernah mempromosikan fahaman tersebut di seluruh dunia sebelum keruntuhan komunisme.

Kembali ke atas