Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ham.pi.ran] | برهمڤيرن

Definisi : = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ham.pi.ran] | برهمڤيرن

Definisi : tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Peribahasa

Bersandar di batang rengas,
     gatallah badan.

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)

147

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parotidparotidPerubatanTiadaTerletak berhampiran telinga.,1. Terletak berhampiran dengan telinga. 2. Kelenjar parotid, iaitu kelenjar liur di hadapan telinga.
dorsiventral leafdaun dorsiventralBotaniTiadaDaun yang parenkima palisadnya terletak berhampiran epidermis atas lai daun, manakala mesofil berspannya terletak berhampiran epidermis di bahagian bawah daun. Sinonim daun bifasial. Lihat juga mesofil.
ground clusterselerakan bumiSainsHidrometeorologiPola gema radar dari sasaran bumi tertentu yang berhampiran radar. Selerakan jenis ini cenderung menyembunyikan atau mengelirukan gema yang dikembalikan dari sasaran bergerak atau kerpasan yang berhampiran. Selerakan bumi boleh bertambah dengan banyaknya dalam keadaan adipembiasan. Peninggian antena atas dari ufuk akan mengurangkan liputan selerakan bumi.
abstractionpengabstrakan/peniskalaan; sarian; keabstrakanGeologiTiada1. Percantuman dua buah sungai subselari atau lebih menjadi sebuah sungai akibat persaingan antara gaung dan galur konsekuen yang berdampingan, atau disebabkan oleh pendalaman dan pelebaran salah satu alur sehingga menyerap alur berhampiran yang lebih kecil dan cetek. 2. Proses penawanan sungai melibatkan pelebaran dan/atau perendahan lurah sungai lebih cepat daripada yang berhampiran dan menawan saliran berhampiran. 3. Proses pertumbuhan lembaran ais akibat penawanan air daripada kitaran hidrologi.
allelopathyalelopatiPertanianAgroteknologiSatu fenomena apabila organisma menghasilkan bahan kimia yang akan mempengaruhi kehidupan organisma atau unsur lain yang berhampiran dengannya. Alelopati boleh wujud sama ada dalam keadaan positif atau negatif, iaitu merangsang atau menjejaskan kehidupan organisma lain. Alelopati boleh berlaku pada sesetengah jenis tumbuhan, alga, bakteria, batu karang dan kulat. Contoh alelopati positif ditunjukkan oleh tumbuhan kekacang yang menyuburkan tanah dengan menambah kandungan nitrogennya. Contoh alelopati negatif ditunjukkan oleh pokok ru (Casuarina equisetifolia) yang daunnya mengeluarkan bahan kimia untuk menghalang spesies lain daripada tumbuh di kawasan berhampiran dengannya.
adjacentbersebelahan; bersempadananPerubatanTiadaBerkedudukan berhampiran atau di sisi.
vestibulevestibulPerubatanTiadaRongga yang berhampiran dengan bukaan sesuatu saluran. Sin: vestibulum
hacklehakelKejuruteraanPolimerKawasan kasar berhampiran kawasan punca retakan permukaan.
demersaldemersalGeografiTiadaHidup di, atau berhampiran dasar laut atau tasik.
eugeosynclineeugeosinklinGeografiTiadaSejenis geosinklin terbentuk berhampiran sebuah kraton di mana volkanik terdapat dengan banyak.
12345678910...

Kembali ke atas