Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.bung] | برهوبوڠ

Definisi : 1. berangkai, bersam­bung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi tele­fon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersam­bung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.bung] | برهوبوڠ

Definisi : 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parageneticparagenesisGeologiTiada1. Berhubung dengan paragenesis.,2. Berhubung dengan hubungan genetik endapan di dalam fasies setara dan selanjar secara sisi.
littorallitoralGeologiTiada1. Berhubung dengan persekitaran lautan bentos atau zon kedalaman di antara air tinggi dan air rendah; juga berhubung dengan organisma dari persekitaran tersebut. 2. Berhubung dengan zon kedalaman di antara pesisir dan kedalaman kira-kira 200m.
saccharoidalsakaroidGeologiTiada1. Berhubung dengan tekstur bergranul atau tekstur habluran yang menyerupai tekstur gula kiub; berhubung dengan tekstur granul habluran yang dapat dilihat pada sesetengah batu pasir, evaporit, marmar, dan dolomit.,2. Berhubung dengan batuan sama butiran berwarna putih atau hampir putih yang mempunyai tekstur sakaroid.
intertidalantara perbaniGeologiTiada1. Berhubung dengan persekitaran lautan bentos atau zon kedalaman di antara air tinggi dan air rendah; juga berhubung dengan organisma dari persekitaran tersebut.,2. Berhubung dengan zon kedalaman di antara pesisir dan kedalaman kira-kira 200 meter.
thalassictalasikGeologiTiada1. Berhubung dengan lautan dalam.,2. Berhubung dengan laut atau teluk.
fluvialfluviumGeologiTiada1. Berhubung dengan sungai; terhasil oleh tindakan sungai.,2. Berhubung dengan mendapan pasir atau kerikil yang diendapkan oleh sungai.
abnormalabnormalGeologiTiadaBerhubung dengan antiklinorium yang permukaan paksi lipatan tambahannya menumpu ke atas; berhubung dengan sinklinorium yang permukaan paksi lipatan tambahannya menumpu ke bawah.
eluvialeluviumGeologiTiada1. Berhubung dengan, atau terdiri daripada eluvium mendapan angin.,2. Berhubung dengan eluvium.
maficmafikGeologiTiada1. Berhubung dengan atau terdiri terutamanya daripada silikat pembentukan batuan feromagnesian; berhubung dengan sesetengah batuan igneus dan mineral juzuknya.,2. Istilah memonik yang menunjukkan bahawa mineral feromagnesian ada di dalam batuan igneus.
sedimentaryenapanGeologiTiada1. Berhubung dengan atau mengandungi endapan.,2. Berbentuk melalui pemendapan endapan, atau berhubung dengan proses pemendapan.
12345678910...

Kembali ke atas