awan larat beribu | awan larat beribu | Kesenian | Tiada | Motif-motif yang menjadi ukiran yang bermula dari satu motif yang dipanggil ibu dan berkembang menjadi motif anak, umumnya motif anak lebih kecil dari motif ibu. Ukir berpunca. |
International Criminal Police Organization (Interpol) | Polis Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol. |
thousand-faceted mirror | cermin beribu muka | Sosiologi | Tiada | Tiada |
DNA chip | cip DNA | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Imobilisasi beribu-ribu bebenang DNA di atas substrat pepejal, seperti gelas. Cip DNA digunakan untuk pelbagai penjujukan semula dan variasi bilangan salinan DNA. Lihat juga mikroatur DNA. |
DNA microarray | mikroatur DNA | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Teknologi untuk mengkaji beribu-ribu gen pada masa yang sama. Asas teknologi ini bergantung pada berjuta juta bebenang DNA tunggal yang diimobilisasikan pada substrat pepejal, seperti gelas atau kaca. Bebenang yang dipanggil prob ini boleh mewakili gen-gen atau sebarang jujukan DNA bergantung pada aplikasi. |
Internet | Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Ia meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat(WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet(IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia(pada 2003). Sinonim antara rangkaian, Net Lihat juga ARPANET |
IC (integrated circuit) | IC (litar bersepadu) | Teknologi Maklumat | Tiada | Cip yang mengandungi beribu-ribu komponen litar elektronik. |
high tension | tegangan tinggi | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Voltannya yang nilainya beribu-ribu volt. voltan tinggi. |
Internet | Internet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969. Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Internet meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat (WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet (IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia (pada tahun 2003). Sinonim antara rangkai, Net. |
digital compact cassette (DCC) | kaset padat digital | Komunikasi | Tiada | Kaset yang boleh menyimpan beribu juta bit dan mempunyai kualiti hasil rakaman yang tinggi. |