Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.i.kan] | برايکن

Definisi : 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berikan

Puisi
 

Hendak makan tidak berikan,
     Ikan lumba makan juga;
Hendak berkayuh tiada bersampan,
     Hati rindu kutahan juga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
multiple choicepelbagai pilihanMatematikTiadamempunyai beberapa jawapan yang di berikan di mana seseorang yang diuji di kehendaki mencari jawapan yang tepat.
visual amenityameniti visualLandskapTiadaKemudahan yang disediakan di sesuatu kawasan bagi mem berikan keselesaan pandangan seperti kolam, air pancutan , lampu taman pelbagai bentuk dan warna yang digunakan di kawasan tersebut.
in medias resin medias resKesusasteraanTiadaTeknik memulakan cerita di pertengahan aksi atau plot, kemudian di berikan penerangan tentang permulaan aksi atau plot melalui teknik imbas kembali dan teknik eksposisi yang lain.
kafalah mudfahjaminan tertakluk masa hadapanPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang diberikan tetapi tertakluk pada masa akan datang dan tuntutan tidak boleh dibuat selagi belum sampai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Bulan Ramadan nanti, saya penjamin hutang yang anda telah berikan kepada A" atau "Saya menjamin hutang yang anda akan berikan kepada A". Penjamin tidak boleh dituntut sehingga tiba masa yang disebutkan, walaupun akad hutang yang dilakukan oleh pihak yang dijamin berkuat kuasa serta-merta. Sinonim kafalah tawqitah.
kafalah munajjazahjaminan segeraPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang berkuat kuasa dengan segera. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin sekarang juga hutang A yang telah anda berikan kepadanya". Hutang tersebut boleh dituntut daripada penjamin pada masa itu juga kerana tidak dinyatakan tempoh dan syarat.
productivity improvementpeningkatan produktivitiPentadbiranPentadbiran Awam

Sebarang bentuk pertambahan, kenaikan, perkembangan atau kemajuan dalam daya pengeluaran. Produktiviti bukan sahaja berkisar kepada pengeluaran produk tetapi merangkumi perkhidmatan yang mampu diberikan oleh seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi kepada masyarakat. Oleh yang demikian, peningkatan produktiviti boleh diukur melalui pertambahan atau kemajuan dalam mengeluarkan produk dan juga melalui kualiti yang sentiasa meningkat daripada individu berdasarkan perkhidmatan baik yang mereka berikan.

visavisaPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen perjalanan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada individu negara lain untuk membenarkannya masuk ke negara tersebut. Visa biasanya berupa cap atau setem di dalam pasport bagi mengawal pentadbiran imigresen sesebuah negara. Dokumen ini merekodkan butiran penting tentang lawatan tersebut seperti profil ringkas individu, tujuan dan tempoh lawatan dan alamat penginapan. Terdapat beberapa jenis visa seperti visa pelancong, pekerja, pelajar dan diplomatik yang berikan secara percuma atau dengan jumlah bayaran tertentu.

human resource planningperancangan sumber manusiaPentadbiranPentadbiran Awam

Perancangan sumber tenaga kerja dalam sesebuah organisasi yang mencakupi segala bentuk pengurusan kakitangan. Matlamat utama perancangan ini adalah untuk mengelakkan masalah kelebihan atau kekurangan kakitangan pada satu-satu tempoh masa tertentu. Menurut Mondy, Noe dan Premeaux (2002), perancangan sumber manusia ini merupakan proses sistematik dalam menilai keperluan sumber tenaga kerja bagi memastikan bilangan kakitangan dalam organisasi dengan kemahiran yang diperlukan tersedia apabila diperlukan. Organisasi perlu membuat perancangan yang rapi terhadap personel yang ada supaya kuantiti kakitangan yang diperlukan selaras dengan kualiti yang berikan. Perancangan ini mempunyai kaitan langsung dengan visi, misi dan objektif organisasi. Oleh yang demikian, segala bentuk perancangan yang ingin dibuat oleh majikan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran kakitangan, mestilah dibuat dengan teliti, teratur dan tepat.


Kembali ke atas