balancing | pengimbangan | Mekanik | Gunaan | 1. (bagi jasad yang berputar) Proses penambahan jisim pada aci yang berputar supaya daya empar yang bertindak pada aci itu berimbang. Daya empar tak terimbang yang bertindak pada aci adalah disebabkan kesan putaran jisim sipi yang berada pada aci berkenaan. Apabila jisim sipi itu berputar, jisim itu ditindak oleh daya memusat, dan tindak balas aci terhadap daya memusat itu merupakan daya empar yang bertindak untuk menyebabkan aci itu melentur dan bergetar. Pengimbangan bererti menambahkan jisim yang akan menghasilkan daya empar yang sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan daya empar yang asal. Dalam keadaan terimbang, galas aci berkenaan bebas daripada tindakan sebarang daya. Perhatikan bahawa sistem jisim yang berputar boleh diimbangkan asal sahaja jisim pengimbang boleh ditempatkan pada sekurang-kurangnya dua satah yang berlainan. Lihat juga keseimbangan statik, keseimbangan dinamik. 2. (bagi jasad yang mengalami gerakan sorong tarik) Proses penambahan jisim pada aci engkol yang berkenaan supaya daya |