mist lubrication system | sistem pelinciran kabus | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pelinciran enjin yang mencampurkan minyak pelincir dengan bahan api dengan nisbah 3% hingga 6%. Campuran ini diaruh melalui karburetor ke dalam kebuk pembakaran, menyebabkan bahan api terpeluwap dan minyak pelincir dalam keadaan berkabus. Campuran berkabus ini akan tersebar ke dalam silinder melalui kotak engkol. Kabus ini akan melekat pada dinding silinder dan membentuk filem pelincir yang melincirkan galas utama dalam rod penyambung manakala minyak pelincir selebihnya melincirkan omboh, gegelang omboh dan silinder. Dalam sesetengah enjin moden, minyak pelincir di- suntik terus ke dalam karburetor dengan kuantiti yang terkawal untuk melindungi permukaan silinder manakala galas utama juga menerima minyak daripada pam berasingan. |
cloudy | berkabus | Kimia | Tiada | Tiada |
mist propagation | pembiakan berkabus | Pertanian | Tiada | Tiada |
nebulous | kabur | Matematik | Tiada | Berjerubu atau berkabus. |
telescopic comet | komet teleskopi | Matematik | Tiada | Komet yang komanya sahaja yang dapat dilihat sebagai jerebu berkabus yang malap di langit, tanpa nukelus atau ekor. |
nebulous cluster | gugusan kabur | Matematik | Tiada | Gugusan bintang yang terletak terlalu jauh sehingga ia kelihatan berjerubu dan berkabus seperti nebula. |
comet | komet | Aeroangkasa | Tiada | Jasad samawi yang terdiri daripada nukleus, iaitu bahagian yang paling pejal dan padat dikelilingi oleh cahaya malap berkabus yang dikenali sebagai koma dan ekor yang terdiri daripada awan yang lebar memanjang yang mula kelihatan apabila menghampiri perihelion dan beransur-ansur menghilang apabila jaraknya dengan matahari meningkat sekali lagi. |
Comet | Komet | Matematik | Tiada | Jasad samawi yang terdiri daripada nukleus, iaitu bahagian yang paling pejal dan padat dan dikelilingi oleh cahaya malap berkabus yang dikenali sebagai Koma, dan ekor yang terdiri daripada awan yang lebar memanjang yang mula kelihatan apabila menghampiri perihelion, dan beransur-ansur menghilang apabila jaraknya dengan matahari meningkat sekali lagi. |
airfog signal | isyarat kabus | Perikanan | Tiada | Isyarat bunyi yang terdapat dalam pelbagai bentuk, berfungsi sebagai amaran oleh kapal yang belayar dalam keadaan berkabus. |
clouding | pengabusan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembentukan zarah halus atau wap daripada bahan api diesel yang menjadikan campuran bahan api dengan udara kelihatan berkabus. |