charismatic leadership | kepimpinan berkarisma | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi. |
charismatic leadership | kepimpinan berkarisma | Sosiologi | Tiada | Tiada |
charismatic leadership | kepimpinan berkarisma | Sains Politik | Tiada | Tiada |
charismatic leader | pemimpin berkarisma | Psikologi | Tiada | Tiada |
charismatic leadership | kepimpinan berkarisma | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
transformational leader | pemimpin transformasi | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin berkarisma yang mampu mengubah orang atau kelompok di bawah kepimpinannya. |
majority leader | pemimpin majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemimpin dari parti politik yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Pemimpin ini mempunyai sifat yang berwibawa dan berkarisma untuk menjadi seorang pemimpin yang unggul. Pemimpin majoriti merupakan pemimpin yang mendapat sokongan rakyat dan ahli parlimen untuk menerajui pemerintahan negara. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad pemimpin majoriti yang mendapat sokongan besar pengundi kawasan dan ahli parlimen. |