woody kerogen | kerogen berkayu | Geologi | Tiada | Tiada |
woody plant | tumbuhan berkayu | Pertanian | Tiada | Tiada |
woody fibre | serabut/gentian berkayu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
caudex | kaudeks | Botani | Tiada | Batang berkayu yang berdiri tegap, tidak bercabang, berbentuk silinder dan terdapat tanda sisa-sisa tangkai daun. Di hujungnya pula terdapat rimbunan daun. Contohnya, batang pokok kelapa, paku gajah dan kelapa sawit. |
pine | pain | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pokok berkayu lembut yang berwarna putih atau kuning kusam. Pain berasal dari kawasan beriklim sederhana dan sejuk. Kayu pain digunakan untuk menghasilkan perabot dan keistimewaan kayu ini terletak pada kesan kemasan atau kesan mata kayu. |
liana | liana | Biologi | Ekologi | Tumbuhan pemanjat dan berkayu di hutan tropika, yang mempunyai penebalan sekunder luar biasa, misalnya tapak kuda, Bauhinia sp. dan gambir, Uncaria sp. |
tree | pokok | Botani | Tiada | Tumbuhan saka yang berkayu, tinggi dan mempunyai batang besar yang tunggal dan bercabang-cabang di atasnya. Contohnya, pokok durian, rambutan dan tembusu. |
shrub | renek | Botani | Tiada | Tumbuhan saka yang berkayu dan rendah. Tumbuhan ini mempunyai beberapa cabang yang keluar dari pangkalnya yang berhampiran dengan tanah, tanpa batang utama. Contohnya, pokok senduduk dan pokok bunga raya. |
shrub | renek | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis berkayu tanpa batang utama. Tumbuhan ini bersaiz kecil dan bercabang rendah. Contohnya, senduduk (Melastoma malabathricum), kapal terbang (Chromolaena odoratum) dan bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis). |
sclerophyllous vegetation | vegetasi sklerofilus | Biologi | Ekologi | Pokok yang berkayu keras, teguh dan umumnya berdaun kecil, yang merupakan ciri bagi tumbuhan yang hidup di tempat kering. Misalnya, vegetasi di kawasan pergunungan tropika, khususnya di antara 1500 � 2200 meter. |