comic | komik | Komunikasi | Tiada | Rangkaian gambar atau lukisan yang disusun secara berkesinambungan sehingga membentuk satu kisah atau cerita yang diterbitkan khususnya di dalam bahan bercetak. |
frame by frame | pemidang demi pemidang | Pendidikan | Tiada | Kepingan gambar yang berkesinambungan dalam filem gerak. |
trilogy | trilogi | Kesenian | Drama dan Teater | Kumpulan tiga karya seni yang berkesinambungan yang merupakan drama trilogi Zakaria Ariffin. boleh dilihat sebagai karya tunggal atau tiga karya berasingan. Drama Pentas Opera, Perempuan Seorang Leftenan Inggerisdan Belum Selesai merupakan drama trilogy Zakaria Ariffin. |
sequence | urutan | Komunikasi | Tiada | Sejumlah adegan yang dihimpun dalam aksi, lokasi, masa atau cerita yang sama, berkesinambungan dan selalunya mempunyai peringkat permulaan, pertengahan dan penamat. |
bibliographical service | perkhidmatan bibliografi | Perpustakaan | Tiada | Kemudahan, prosedur dan alat yang digunakan untuk menghasilkan sebuah bibliografi dengan memuatkan siri penerbitan yang berkesinambungan atau maklumat bibliografi yang diperlukan. |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakaman pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold Bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalaman Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dal |