extremism | faham pelampau | Sejarah | Tiada | Fahaman yang menekankan persoalan yang radikal, tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana pihak, berpegang teguh kepada amalan dan kepercayaan dan agak melampau dalam tindakannya. |
ultimate net loss | kerugian bersih terakhir | insurans | Tiada | Jumlah yang insured atau insurer atau kedua-duanya bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk membayar sama ada melalui proses undang-undang atau berkompromi. Termasuk dalam jumlah ini ialah kos perundangan, pemeriksaan kesihatan dan penyiasatan. |
ultimate net loss | kerugian bersih terakhir | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jumlah yang pengambil insurans atau insurer atau kedua-duanya bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk membayar sama ada melalui proses undang-undang atau berkompromi. Termasuk dalam jumlah ini ialah kos perundangan, pemeriksaan kesihatan dan penyiasatan. |
design process | proses reka bentuk | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pendekatan yang terurus dan bertertib dalam menyelesaikan masalah reka bentuk, dan biasanya melibatkan lima peringkat, iaitu 1. pengenalpastian masalah, 2. gagasan dan idea, 3. selesaian berkompromi, 4. model atau prototaip, dan 5. pengeluaran atau lukisan kerja. |
identity crisis | krisis identiti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang keliru atau tidak pasti sesebuah masyarakat akan arah perkembangan budaya dan identitinya. Subbudaya yang pelbagai telah menghalang pembentukan satu identiti sepadu dan perkembangan identiti kelihatan tidak menuju satu pertemuan yang menyatukan, sebaliknya terus bersifat perpecahan. Kekeliruan dan perpecahan ini melahirkan krisis identiti bagi masyarakat tersebut. Contohnya, pemiIihan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di India jelas menggambarkan krisis identiti negara tersebut apabila mereka gagal berkompromi untuk memilih salah satu bahasa tempatan untuk menduduki status tersebut. |