Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kon.sép.kan] | برکونسيڤکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkonsepkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
condominium hotelhotel kondominiumPelanconganTiadaHotel yang berkonsepkan kondominium dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah. Hotel kondominium dikenali juga sebagai kondotel.
safari tourismpelancongan safariPelanconganTiadaAktiviti melancong yang berkonsepkan pemerhatian terhadap binatang liar dengan menaiki kenderaan khas.
green globalglobal hijauPelanconganTiadaAktiviti sejagat yang berkonsepkan mesra alam, seperti berkongsi kereta ke tempat kerja.
glampingperkhemahan mewahPelanconganTiada‘Glamping’ ialah akronim perkataan ‘glamour’ dan ‘camping’ yang membawa maksud percutian berkonsepkan aktiviti perkhemahan yang selesa dan mewah.
alternative theatreteater alternatifKesenianDrama dan TeaterVariasi dalam persembahan teater yang memperlihatkan perbezaan daripada teater arus perdana. Teater jenis ini lebih berkonsepkan eksplorasi struktur. Permasalahan dan pemikiran yang hendak disampaikan dalam teater ini akan menentukan variasi yang ingin dicapai. Konsep teater alternatif ini bermula daripada teater pinggir.
MetabolismMetabolismeKesenianSeni BinaGerakan seni bina yang diwujudkan pada kurun ke-20 di Jepun. Gerakan ini mengamalkan seni dan falsafah seni bina bandar yang lebih menjurus kepada seni bina berskala besar dengan berkonsepkan pertumbuhan biologi, pembaharuan yang berterusan dan pertumbuhan organik di bandar. Antara arkitek yang mempelopori idea ini ialah Kisho Kurokawa dan Fumihiko Maki dan Kengo Tange. Contoh bangunannya ialah Nagakin Capsule Tower dan Tange�s Yamanashi Press and Broadcaster Centre.
late modernismmodenisme penghujungKesenianSeni BinaSeni bina yang wujud pada sekitar tahun 1970-an, yang memasukkan elemen industri dan teknologi ke dalam reka bentuk bangunan. Struktur bangunan ditunjukkan di bahagian luar dan di dalam bangunan. Penggunaan struktur logam dan stuktur konkrit tetulang menjadi pilihan arkitek pada era ini. Contoh bangunan berkonsepkan seni bina ini ialah bangunan HSBC Bank di Hong Kong oleh arkitek Norman Foster. Seni bina ini dikenali juga sebagai seni bina dalam fasa terakhir seni bina moden atau seni bina mengekspresi struktur. Sinonim seni bina teknologi tinggi.

Kembali ke atas