Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kun.jung] | برکونجوڠ

Definisi : pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui se­seorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kun.jung] | برکونجوڠ

Definisi : pergi atau datang melihat-lihat tempat atau menemui orang: Aku diberi peluang ~ ke Australia selama seminggu. Sejak itu, dia tidak pernah ~ ke rumah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
holiday makerpelancongPelanconganTiadaIndividu yang berkunjung ke suatu destinasi semasa percutian.
day visitorpelawat harianPelanconganTiadaPelawat yang berkunjung ke sesuatu tempat kurang daripada 24 jam dan tidak menginap.
international excursionistpelawat harian antarabangsaPelanconganTiadaIndividu yang berkunjung ke luar negara tanpa bermalam.
generating countriesnegara penjanaPelanconganTiadaNegara yang menghasilkan bilangan pelancong yang berkunjung ke negara lain.
itinerant servicesperkhidmatan bergerakPendidikanTiadaPerkhidmatan pendidikan atau terapi yang diberi oleh golongan profesional yang berkunjung dari satu pusat ke pusat pendidikan lain untuk membantu pelajar dalam kelas biasa atau pelajar istimewa. Contohnya rawatan fisioterapi bagi pelajar yang mempunyai masalah pergerakan, pertuturan dan kecacatan pendengaran.
point-of-purchase advertisementiklan di tempat belianKomunikasiKorporatBahan pameran atau bahan peragaan yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan di dalam atau di sekitar kawasan penjualan barangan. Bahan pameran yang digunakan boleh terdiri daripada poster, sepanduk, bahan peragaan tingkap, peragaan lantai, peragaan dinding atau kios elektronik. Bahan pameran tersebut biasanya berfungsi untuk mempengaruhi keputusan pengguna supaya mendapatkan barangan tersebut setelah mereka didedahkan dengan maklumat awal barangan berkenaan di media cetak dan media elektronik. Apabila bakal pelanggan berkunjung ke tempat jualan, sekali lagi pelanggan akan terdedah dengan maklumat barangan melalui peragaan dan pameran di tempat tersebut.

Kembali ke atas