Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.rung] | برکوروڠ

Definisi : 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. me­makai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.rung] | برکوروڠ

Definisi : 1 tinggal di dlm rumah atau di dlm bilik saja; tidak keluar-keluar dr rumah atau dr bilik: Sudah seminggu dia ~ di dlm bilik tidurnya. 2 memakai tanda kurung (bkn nombor, perkataan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurung
Kata Terbitan : kurungan, berkurung, mengurung, terkurung, pengurungan,

Puisi
 

Tempurung hanyut berkipas,
     Santapan raja di kayangan;
Ayam berkurung jangan dilepas,
     Helang mengintai burung di halaman.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Duduk di dalam tabir langit-langit,
     berbau tembelang.

Bermaksud :

Perempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curfewperintah berkurungSejarahTiadaPeraturan atau undang-undang yang membataskan pergerakan orang awam mengikut tempat, masa dan keperluan tertentu biasanya waktu darurat.
curfewperintah berkurungUndang-undangTiadaPeraturan atau undang-undang yang membataskan pergerakan orang awam mengikut tempat, masa dan keperluan tertentu biasanya waktu darurat.
confinement feedingpemberian makan berkurungVeterinarTiadaTiada
confinement feedingpemberian makanan berkurungVeterinarTiadaPemberian makanan kepada haiwan yang dikurung atau diternak secara intensif (fidlot). Biasanya, makanan diformulasi khusus dan mengandungi campuran bahan konsentrat atau bahan foraj yang diberi dalam bentuk segar (potong angkut) atau dalam bentuk rumput kering atau silaj. Tujuan pemberian makanan dengan cara ini ialah untuk meningkatkan kadar pertumbuhan di samping mengurangkan kos makanan, menjimatkan penggunaan kawasan penternakan dan mengurangkan kos buruh.
provisional measurelangkah sementaraSejarahTiadaTindakan tertentu yang dilakukan untuk sementara waktu sahaja biasanya dalam darurat seperti perintah berkurung.
action programprogram tindakanPentadbiranPentadbiran Awam

Aktiviti atau langkah yang dilaksanakan berdasarkan peraturan tertentu bagi memenuhi dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Pelaksanaan program tindakan biasanya bertujuan untuk mengelak, mencegah atau mengatasi sesuatu perkara yang boleh menimbulkan krisis, risiko, konflik dan sebagainya. Program tindakan juga bersifat sebagai satu langkah susulan yang dilaksanakan selepas mendapat maklumat atau laporan tentang sesuatu kejadian yang telah berlaku. Contohnya, perintah berkurung dan rapat umum merupakan satu program tindakan yang berkesan bagi mencegah merebaknya sesuatu rusuhan dan sebagainya.


Kembali ke atas