Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.pis] | برلاڤيس

Definisi : menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang me­nabur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.pis] | برلاڤيس

Definisi : mempunyai atau terdapat lapis: Barang-barang itu disusun satu-satu, tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlapis

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tebuk berlapistebuk berlapisKesenianTiadaUkiran tebuk tembus yang dilekatkan pada lapik.
ukiran berlapisukiran berlapisKesenianTiadaUkiran yang bertingkat-tingkat.
lappingpenindihan; mempelas; pengemasan berlapisKesenianTiada3. Pengemasan berlapis: Proses membuat kerja kemasan dengan menyapukan cat atau varnis secara berlapis-lapis pada sesuatu permukaan.
laminated glasskaca berlapisKesenianSeni BinaKepingan kaca yang diperkuat dengan lapisan penguat kaca untuk mengelakkan kaca jatuh berderai sekiranya pecah. Kaca berlapis diperbuat dengan menyatukan dua atau lebih kepingan kaca melalui proses haba dan tekanan. Penggunaan resin polivinil butiral (PVB) dan jenis-jenis plastik lain yang bersesuaian juga boleh digunakan sebagai kaca berlapis. Jenis kaca ini selalunya digunakan pada tingkap-tingkap kaca kereta. Kaca berlapis dikenali juga sebagai kaca keselamatan.
built-in liningfabrik berlapisKesenianTiadaFabrik yang tersedia berlapis dengan cara teknik terikat.
social stratumlapisan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan masyarakat yang berstrata atau berlapis-lapis. Setiap masyarakat mempunyai strata atau kelas yang berbagai-bagai seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kewujudan kelas yang pelbagai ini menjadikan masyarakat itu dilihat berlapis. Dalam masyarakat yang sebenar, pembahagian susun lapis lebih kompleks disebabkan oleh perkembangan industrialisasi dan modenisasi yang berlaku. Susun lapis masyarakat tradisional boleh dibahagi kepada dua strata iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Manakala bagi masyarakat moden, susun lapisnya terdiri daripada pelbagai kelas seperti kelas elit, bangsawan, aristokrat, kelas menengah atas, kelas menengah bawah, kelas peniaga, buruh dan petani. Sinonim penstrataan.
platyberlapis-lapisPertanianTiadaTiada
layeredberlapisKejuruteraanTiadaTiada
bedded veintelerang berlapisGeologiTiadaTiada
bedded rockbatuan berlapisGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas