Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.tah] | برڤاته

Definisi : bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg ber­tentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung hubungan (kerana perselisihan dsb); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.tah] | برڤاته

Definisi : bertukar atau berubah dr arah yg dituju: Penyu pun terus ~ balik dan menghantar kera itu pulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Peribahasa

455

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Genggam bara api biar sampai jadi arang

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi genggam bara api biar sampai jadi arang. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heave aroundberpatah balikKejuruteraanTiadaTiada
ring circuitlitar gelangSosiologiTiadaLitar yang mengandungi soket alir keluar tidak terhad bermula dari kotak pengagihan fius dan berpatah balik ke punca yang sama.
potential barriersawar keupayaanKejuruteraanTiada2. Kawasan separuh pengalir tempat cas-cas elektrik yang cuba lalu akan menghadapi rintangan dan mungkin berpatah balik.
depth-first searchgelintar dalam dahuluTeknologi MaklumatTiadaTeknik gelintaran dari nod permulaan ke nod lain mengikut laluan sedalam mungkin lalu akan berpatah semula ke nod yang bersebelahan jika perlu.
kit'ahkit'ahKesusasteraanPuisiPuisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua.

Kembali ke atas