ghetto | geto | Pelancongan | Tiada | Kawasan yang didiami oleh penduduk yang berpendapatan dan berpendidikan rendah, dan digambarkan dalam keadaan daif. |
civil | sivil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat masyarakat yang telah mencapai taraf budaya yang rasional, berpendidikan tinggi, tingkat ekonomi yang baik dan hubungan sosial yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Dalam konteks politik, istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang berlandaskan akal dan bukannya emosi. Setiap pertelingkahan politik yang timbul diselesaikan secara rundingan, tawar-menawar dan permuafakatan. Persaingan politik diambil dalam pendekatan yang positif apabila kekalahan dalam persaingan diterima dengan fikiran yang terbuka. Dalam erti kata lain, sivil merujuk kepada masyarakat yang moden dan bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. |
literati painter | pelukis literati | Kesenian | Tiada | Pelukis tamadun China Lama yang tidak hanya melukis tetapi juga bergiat dalam bidang sastera dan berpendidikan tinggi. |
elaborated code | kod terurai | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi bahasa yang digunakan secara kreatif oleh individu dalam suasana yang formal dan di kalangan orang yang berpendidikan. |
scientific testimonial | pembuktian saintifik | Komunikasi | Korporat | Kaedah pengiklanan yang memaparkan ciri saintifik kandungan barangan yang diiklankan. Melalui kaedah ini, perincian mengenai unsur pembuatan dan kandungan barangan dipaparkan. Cara pemaparannya adalah pelbagai, seperti menggunakan pendekatan tiga dimensi (3D), menyenaraikan bahan yang digunakan, dan menonjolkan aspek saintifik sesuatu kandungan barangan yang diiklankan. Proses pemaparannya kadangkala menggunakan jurucakap yang terdiri daripada pakar dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan barangan. Contohnya, seorang doktor veterinar menyebut tentang khasiat sesuatu jenis vitamin yang terdapat dalam barangan makanan binatang yang diiklankan. Tujuan pengguna kaedah ini adalah untuk meyakinkan khalayak yang berpendidikan tinggi kerana dalam banyak keadaan, pendekatan secara emosi atau format endorsan tidak cukup berkesan untuk meyakinkan mereka. |
middle class | kelas menengah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan. |