Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pen.di.rian] | برڤنديرين

Definisi : mempunyai pendirian, ber­pegang teguh (pd sesuatu pendapat, fahaman, dsb): saya masih ~ bahawa Karl Marx telah membuat suatu ramalan yg meleset; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pen.di.rian] | برڤنديرين

Definisi : mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpendirian

Peribahasa

594

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hardlinerpetegarUmumTiadaIndividu atau kumpulan yang berpendirian teguh terhadap sesuatu idea atau dasar tanpa kompromi.
neutral powerkuasa berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganPihak yang berkuasa tetapi berpendirian untuk tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau pihak yang sedang bersaing. Badan atau negara ini mengambil sikap berkecuali atau tidak memihak walaupun berupaya untuk menyokong mana-mana pihak yang disukainya. Contohnya, negara China merupakan kuasa berkecuali pada Perang Teluk 1990.
undecided voterpengundi tidak pastiSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi yang tidak berpendirian teguh dalam sesuatu pengundian dan tidak langsung mempunyai ikatan kepartian dengan mana-mana calon atau parti. Pengundi ini banyak dipengaruhi oleh kempen serta propaganda dan hanya akan membuat pemilihan pada hari pengundian. Tindakan saat akhir mereka ini akan menentukan kerajaan kelak. Pengundi tidak pasti yang ramai akan menyebabkan kerajaan bertukar ganti dengan lebih kerap.

Kembali ke atas