Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.nga.ruh] | برڤڠاروه

Definisi : mempunyai pengaruh, berkua­sa: Dato’ Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.nga.ruh] | برڤڠاروه

Definisi : ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,

Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
influentialorang-orang berpengaruhSosiologiTiadaTiada
persuasive authorityautoriti berpengaruhUndang-undangTiadaTiada
dominant firm oligopolyoligopoli firma berpengaruhEkonomiTiadaTiada
elite groupgolongan elitKomunikasiTiadaKumpulan yang berpengaruh dan lazimnya menjadi sumber rujukan bagi orang ramai.
dominant windangin dominanGeografiTiadaAngin yang paling berpengaruh dalam keadaan tempatan di sebuah kawasan berbanding dengan angin lazim kawasan tersebut.
neobehaviourismneobehaviourismePsikologiPsikologi UmumBentuk aliran behaviourisme yang sangat berpengaruh di Amerika Syarikat selepas Watson. Kebanyakan pengikut aliran ini bersependapat dengan Watson bahawa pengkajian psikologi harus menumpukan kepada tingkah laku ketara tetapi boleh menerima aspek-aspek lain seperti laporan lisan. Terdapat tiga aliran neobehaviorisme, iaitu behaviourisme Hull, behaviourisme bertujuan dan behaviourisme radikal.
impresionismimpresionismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yan
exhortationpidato gesaanSejarahTiadaUcapan yang dilakukan oleh orang-orang yang berpengaruh yang bernada rayuan, gesaan, nasihat dan berapi-api untuk menarik perhatian khalayak.
staff unionkesatuan stafPentadbiranTiadaKesatuan staf kolar putih yang selalunya begitu berpengaruh dalam organisasi.
ascendency of Francepeningkatan PerancisSejarahTiadaKeadaan, kedudukan atau peningkatan yang paling tinggi, berpengaruh, dominan dan terkuat yang pernah dicapai oleh Perancis daripada segi pengaruh kuasa politik.
1234

Kembali ke atas