Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.ja/] | برڤيجق

Definisi : 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri (berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan­-angan; 2. ki bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.ja/] | برڤيجق

Definisi : bertumpu dgn kaki; berdiri: Di mana saja dia ~, duri yg tajam mencucuk kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pijak
Kata Terbitan : pijak-pijak, berpijak, memijak, memijakkan,

Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stepping stonebatu injakLandskapTiadaBatu leper yang disusun secara bebas dan digunakan sebagai tempat berpijak di lorong pejalan kaki. Contohnya, batu injak di taman Jepun.
spur calcaneumspur kalkaneumPerubatanTiadaTonjolan tajam yang tumbuh di bahagian bawah tulang kalkaneum dan biasanya menyebabkan nyeri apabila berpijak.
laddertanggaKejuruteraanTiada1. Suatu struktur, biasanya mudah alih, yang digunakan untuk memanjat naik dan turun. Ia mengandungi dua sisi yang selari dan disambungkan oleh anggota-anggota silang yang bertindak sebagai tempat berpijak.,2. Timba tanah liat bagi kapal korek timba bertangga.
animal fantasyfantasi binatangKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang �boleh berfikir� dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang.

Kembali ke atas