Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
swing districtwilayah berpindahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang selama ini merupakan kubu kuat kepada sesuatu parti dan secara tiba-tiba berpindah sokongan kepada parti lain. Secara tradisinya wilayah ini akan memberi sokongan kepada parti tersebut untuk terus menang dalam sebarang pemilihan pada setiap pilihan raya. Apabila kawasan ini berpindah sokongan kepada parti lain, maka ia disebut sebagai wilayah berpindah. Contohnya, negeri Terengganu pada pilihan raya 1999 dapat dianggap sebagai wilayah berpindah apabila rakyatnya menukar sokongan kepada parti PAS.
benign migratory glossitisglositis berpindah benignaPerubatanTiadaLesi kronik pendeskuamasian epitelium di dorsum lidah, berpinggir jelas, berwarna putih, tidak sakit dan berpindah-pindah. Sinonim: lidah geografi, eritema migrans.
swing voteundi beralihSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang berpindah secara besar-besaran dari satu pihak kepada pihak lain. Perpindahan undi yang besar ini berlaku kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi, konflik kepimpinan yang berlaku atau pentadbiran yang lemah sehingga menyebabkan pengundi secara beramai-ramai mengalihkan sokongan mereka kepada pihak lain. Keadaan ini boleh menyebabkan satu kawasan yang biasanya menjadi penguasaan suatu parti itu tewas dan mula dikuasai oleh parti lain. Contohnya, undi kepada parti PAS Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berpindah kepada BN pada tahun 2004. Sinonim undi berpindah.
nomadicberpindah-pindahSejarahTiadaTiada
migratoryberpindahBiologiPatologiPerihal patogen yang sifatnya suka bergerak secara aktif dari satu kawasan atau individu perumah ke kawasan atau individu perumah yang lain. Biasanya istilah ini digunakan untuk nematod. bd. sedentari.
migratoryberpindahKimiaTiadaPerihal patogen yang sifatnya suka bergerak secara aktif dari satu kawasan atau individu perumah ke kawasan atau individu perumah yang lain. Biasanya istilah ini digunakan untuk nematod. bd. sedentari.
nomadic lifepenghidupan berpindah-pindahSejarahTiadaTiada
moved to Atlantaberpindah ke AtlantaTeknologi MaklumatTiadaSlanga untuk ralat 404. Ralat ini dinamakan sedemikian kerana kod telefon kawasan bagi Atlanta, Georgia ialah 404. Lihat juga ralat 404
swing districtwilayah berpindahSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
swing voteundi berpindahSains PolitikPolitik PerbandinganLihat undi beralih.
123456789

Kembali ke atas