high-performance computing (HPC) | pengkomputeran berprestasi tinggi | Teknologi Maklumat | Perisian | Pengkomputeran yang menggunakan beberapa komputer berkeupayaan dan berkelajuan tinggi seperti superkomputer atau beberapa kelompok komputer untuk menyelesaikan masalah pengkomputeran yang lebih kompleks dan rumit. Trend terkini dalam bidang pengkomputeran adalah dengan menggabungkan sistem dan teknologi HPC untuk meningkatkan produktiviti. Pengkomputeran ini merangkumi semua aspek dalam pengkomputeran itu sendiri bermula dari persekitaran pembangunan sistem sehingga ke storan. Sebagai contoh, kebanyakan HPC digunakan dalam pengkomputeran teknikal seperti kejuruteraan angkasa lepas dan teknologi nuklear. |
Workstation | Stesen Kerja | Teknologi Maklumat | Tiada | Mikrokomputer berprestasi tinggi yang biasanya digunakan untuk pembangunan animasi, grafik dan reka bentuk berbantukan komputer (CAD). Stesen kerja mampu melaksanakan beberapa tugas dalam satu masa. Stesen kerja hanya digunakan oleh seorang pengguna dalam satu-satu masa. Contohnya stesen kerja Sun yang diperbuat oleh Sun MicroSystem. |

ultraperformance liquid chromatography | kromatografi cecair ultraprestasi | Herba | Fitokimia | Teknik kromatografi cecair berprestasi tinggi yang diperbaik berasaskan penggunaan penjerap kromatografi yang saiz zarahnya lebih halus (1.7 mikron) daripada saiz biasa (3.5 mikron - 5 mikron). Tekanan yang digunakan juga lebih tinggi, iaitu 15000 Psi berbanding tekanan biasa, iaitu 6000 Psi. Melalui teknik ini, keberkesanan pemisahan dan resolusi dapat dipertingkat. |
chemical vapour deposition | pemendapan wap kimia | Fizik | Nanoteknologi | Proses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis. |
NCSA (National Center for Supercomputing Applications) | NCSA (Pusat Kebangsaan untuk Aplikasi Superkomputeran) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pusat kemudahan dan penyelidikan komputer berprestasi tinggi yang terletak di Universiti llinois, Amerika Syarikat. |
ex post selection bias | kecenderungan pemilihan ex post | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hasil penyelidikan empirikal penilaian sekuriti yang menyarankan penggunaan sekuriti yang mempunyai prestasi yang baik dan penolakan sekuriti yang berprestasi buruk yang menyebabkan model penilaian menjadi lebih berkesan daripada apa yang sebenarnya. |
engine performance | prestasi enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan enjin ketika beroperasi atau berfungsi dalam pelbagai keadaan seperti yang diingini oleh pemandu. Prestasi enjin yang baik bermakna enjin mampu menghasilkan respons yang baik mengikut masukan yang diberikan oleh pemandu. Enjin berprestasi baik boleh dicapai sekiranya kenderaan diselenggarakan dengan sempurna dan mengikut jadual penyelenggaraan. Lihat juga penalaan enjin. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |