neutralism | neutralisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendirian berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersengketa atau bersaing. Fahaman ini menekankan kedudukan bersahabat dengan semua pihak dan tidak menyokong atau memberi bantuan kepada mana-mana pihak tertentu. Fahaman ini dikembangkan oleh Monroe yang lebih dikenali sebagai Doktrin Monreo dalam dasar luar Amerika Syarikat semasa beliau menjadi presiden negara tersebut. Contohnya, Malaysia berpegang kepada faham berkecuali dalam persaingan antara blok timur dan barat semasa Perang Dingin dahulu. Sinonim faham neutral/faham berkecuali. |
reciprocity | kesalingan | Sejarah | Tiada | 1. Prinsip atau amalan saling memberi atau prinsip bertolak ansur yang sering dijadikan dasar utama dalam hubungan antara dua negara yang bersahabat. |