Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama ini

Puisi
 

Beli pauh beli serbat,
     Makan bersama gula batu;
Kalau jauh apa nak buat,
     Sama-sama menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
porphyrinporfirinPerubatanTiadaKumpulan terbitan tetrapirol siklik tanpa ferum atau magnesium. Bahan ini bersama-sama ferum atau magnesium merupakan asas pigmen respirasi pada haiwan dan tumbuhan. Antara beberapa contoh porfirin ialah protoporfirin, hematoporfirin, deutroporfirin dan klorofil.
incustulang andasPerubatanTiadaSalah satu tulang osikel yang terletak di antara tulang rakap dengan tulang tukul. Tulang ini bersama-sama dua tulang osikel yang lain memindahkan getaran dari membran timpanum ke telinga dalam.
ulnaulnaPerubatanTiadaTulang terbesar pada lengan bawah yang terletak pada sisi lengan yang bertentangan dengan ibu jari. Tulang ini bersama-sama radius menyambungkan tangan dengan lengan atas.
ulnaulnaPerubatanTiadaTulang terbesar pada lengan bawah, yang terletak pada sisi lengan yang bertentangan dengan ibu jari. Tulang ini bersama-sama radius menyambungkan tangan dengan lengan atas.
atlas bonetulang atlasVeterinarPraklinikalVertebra servikal pertama berbentuk gegelang dengan kanal vertebra luas yang menempatkan cuaran berbentuk gigi. Vertebra servikal ini bersama-sama tulang oksiput membentuk sendi pangsi tengkorak.
offalofalVeterinarTiadaSemua organ dalaman dan lemak yang terdapat dalam rongga toraks dan abdomen meliputi organ-organ pernafasan, pencernaan, pembiakan dan perkumuhan. Organ-organ ini bersama-sama kepala, kaki dan kulit tidak diambil kira dalam karkas bersih. Kebanyakan penduduk di negara Barat tidak memakan ofal, sebaliknya digunakan untuk membuat makanan ternakan.
intercroppingtanaman selinganPertanianAgroteknologiTanaman yang ditanam bersama-sama tanaman lain sebagai sampingan. Amalan penananam ini dilakukan dalam satu kawasan secara berselang-seli. Tujuan amalan penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi selain dapat menggunakan kawasan tanah secara optimum. Contoh tanaman selingan di Malaysia ialah penanaman koko bersama-sama kelapa. Kombinasi ini dapat memberikan manfaat kepada koko kerana pokok kelapa dapat memberikan perlindungan kepada koko yang lebih memerlukan keadaan yang bernaung. Contoh lain termasuklah tanaman getah bersama-sama pisang. Tanaman pisang boleh memberikan hasil kepada penanam sementara menunggu getah dapat ditoreh. Tanaman selingan juga dapat mengurangkan risiko perosak dan jangkitan penyakit disebabkan terdapat lebih daripada satu jenis tanaman yang mempunyai musuh-musuh yang berlainan.
collective self defencepertahanan diri bersamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLangkah yang dibuat secara bersama-sama dengan negaranegara lain untuk menggunakan kekerasan bagi menangkis serangan. Langkah ini merupakan sebahagian daripada langkah pertahanan diri yang dibenarkan oleh Piagam PBB. Selain mematuhi syarat-syarat pertahanan diri, negara yang diserang juga perlu meminta bantuan PBB bagi membolehkan tindakan bersama diambil. Contoh pertahanan diri bersama ialah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Cooper pairpasangan CooperFizikNanoteknologiKeadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor.
honey beelebah maduBiologiEntomologiLebah akuleat yang kebanyakan spesiesnya hidup bersama-sama. Lebah ini biasanya dipelihara untuk pengeluaran madu.
12345678910...

Kembali ke atas