Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.an] | برساماءن

Definisi : 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersamaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
femtometerfemtometerFizikNanoteknologiUnit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer.
pressure gradientgradien tekananSainsHidrometeorologiVektor pugak terhadap garis atau permukaan isobar dan menghala ke kawasan tekanan rendah serta berkeamatan bersamaan dengan kadar ubahan tekanan mengikut jarak. Gradien ini bersamaan dengan -p (p ialah tekanan) atau bersamaan dengan ?p/?n n ialah jarak sepanjang normal mengarah ke tekanan rendah)
nanometernanometerFizikNanoteknologiUkuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm.
centimetresentimeterMatematikTiadaUnit ukuran panjang yang bersamaan dengan 0.01 meter atau bersamaan 1/100 meter.
centimetresentimeterPerubatanTiadaUnit ukuran panjang yang bersamaan dengan 0.01 meter atau bersamaan 1/100 meter.
centimetresentimeterKimiaTiadaUnit ukuran panjang yang bersamaan dengan 0.01 meter atau bersamaan 1/100 meter.
short tontan pendekKejuruteraanTiadaUkuran jisim yang bersamaan dengan 1000 kg. Tan pendek bersamaan dengan 2000 lb.
nuclear chargecas nukleusKimiaTiadaCas positif pada nukleus sesuatu atom disebabkan oleh proton. Kuantiti cas nukleus bersamaan dengan kuantiti proton di dalam nukleus, dan bersamaan juga dengan kuantiti elektron yang mengelilingi nukleus atom neutral. Misalnya, atom natrium mempunyai 11 proton, dan dengan itu cas nukleus bagi atom natrium ialah 11 juga. Cas nukleus bersamaan dengan nombor atom.
centimorgansentimorgan (cM)BiologiGenetikUnit bagi jarak peta yang bersamaan dengan satu peratus rekombinasi. 1 sentimorgan bersamaan dengan 1 unit peta. unit pindah silang.
terabyteterabaitTeknologi MaklumatPerisianUnit storan yang merupakan 2⁴⁰ bait, iaitu bersamaan dengan 1,099,511,627,776 bait. Satu terabait bersamaan dengan 1024 gigabait. Simbol yang digunakan ialah TB.
12345678910...

Kembali ke atas