المكاتبة | mukātabat | Agama Islam | Hadith | Seorang guru menulis Ḥadīth atau menyuruh orang lain menulis sebahagian Ḥadīthnya untuk diberikan kepada seorang murid yang hadir bersamanya atau yang tidak hadir bersamanya dan ia menghantar tulisan itu kepadanya melalui seorang thiqat. |
fluidization | pembendaliran | Hidrologi | Tiada | Keadaan zarah pepejal yang terampai dalam bendalir dan mengalir bersamanya. |
atmosphere | atmosfera | Sains | Hidrometeorologi | Lapisan gas yang merekat ke bumi oleh tarikan graviti dan berputar bersamanya. Gerakan dalaman atmosfera yang disebabkan oleh pemanasan sinaran suria bersama-sama dengan kesan fizikal taersebut menjadi tumpuan meteorologi. Atmosfera boleh dibahagikan kepada lapisan troposfera, stratosfera, mesofera dan termosfera berasaskan kadar tukaran suhu yang mencirikan lapisan tersebut. |
atmosphere | atmosfera | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lapisan udara yang menyelubungi bumi akibat tarikan graviti dan berputar bersamanya. Gerakan dalaman atmosfera yang disebabkan oleh pemanasan sinara suria bersama-sama dengan kesan fizikal tersebut menjadi tumpuan meteorologi. Atmosfera boleh dibahagikan kepada lapisan troposfera, stratosfera, mesofera dan termosfera berasaskan kadar tukaran suhu yang mencirikan lapisan tersebut. |
mixing length | kepanjangan campur | Sains | Hidrometeorologi | Jarak, yang dilalui oleh pusar diskret dalam bendalir bergolak dan membawa bersamanya momentum dan sifat-sifat lain yang sesuai dengan gerakan min di titik asal bendalir itu, sebelum bercampur semula dengan aliran umum bendalir berkenaan. Kuantiti ini, yang diperkenalkan dalam resapan pusar oleh L. Prandtl (1925) dan beranalogi dengan min laluan bebas yang sesuai dengan proses resapan molekul ini, terdapat dalam ungkapan halaju pusar , tegasan Reynolds dan kelikatan pusar , seperti yang berikut: dengan mewakili sisihan seketika dari halaju purata ; = dengan palang di atas mewakili purata masa; |
avalanche | avalanche | Biologi | Ekologi | Jisim salji dan ais yang menuruni lereng gunung secara serta-merta, dan biasanya membawa bersamanya tanah, batu dan kelikir. |
rhytidome | ritidom | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kulit luar pokok yang terdiri daripada felem dan tisu yang mudah terpisah bersamanya, termasuk bahagian korteks atau floem. Kulit luar ini membentuk lapisan tebal yang berserabut, dan yang bergabung pada batang pokok, atau yang tertanggal dan meninggalkan batang yang licin. |
flywheel | roda putar | Fizik | Mekanik | Roda berat dan mempunyai momen inersia yang besar yang digunakan untuk mengawal kelajuan putaran malar suatu roda mesin yang berputar bersamanya. |
vessel | vesel | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Salur berdinding nyata yang melalui cecair seperti darah, limfa, sap dan sebagainya mengalir. 2 Tiub yang terbentuk daripada tumpukan pelbagai sel dan dinding bersamanya berliang-liang atau terurai sepenuhnya, seperti vesel xilem. |
omnibus clause | fasal omnibus | insurans | Tiada | Perjanjian dalam kebanyakan polisi liabiliti automobil dan beberapa jenis lain, yang memperluaskan perlindungan polisi kepada mereka yang termasuk dalam takrif istilah insured, tanpa menamakan mereka dalam polisi. Contoh: polisi yang melindungi insured ternama serta yang tinggal bersamanya. |