associated gas | gas bersekutu | Geologi | Tiada | Gas asli yang bersekutu dengan minyak di dalam reservoir, sama ada sebagai gas bebas atau dalam bentuk larutan. |
align | bersekutu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan individu, organisasi atau negara yang bersetuju untuk bekerjasama secara sementara dalam menangani sesuatu masalah yang timbul Pakatan tersebut melibatkan kepentingan bersama apabila wujud ancaman oleh pihak tertentu. Negara yang terancam bersetuju untuk mewujudkan tindakan yang bersifat bersekutu bagi menghadapi ancaman. Contohnya, pihak bersekutu yang dibentuk sewaktu Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis bagi menghadapi ancaman Jerman, Itali dan Jepun. |
associate director | pengarah bersekutu | Komunikasi | Tiada | Orang yang membantu pengarah dalam semua aspek pengarahan supaya pengarah filem dapat memberi tumpuan kepada tugas utamanya iaitu mengawal aspek-aspek kreatif sesuatu penerbitan. Antara tugas pengarah bersekutu ialah membuat pecahan skrip kepada bahagian-bahagian tertentu sebelum jadual penggambaran, menjalankan kerja-kerja pentadbiran bagi pihak pengarah dan kadangkala bertanggungjawab dalam unit penggambaran serta membantu petugas-petugas penerbitan. |
matric | matrik | Geologi | Tiada | 1. Bahan di antara fenokris batuan igneus porfir.,2. Batuan yang bersekutu dengan bijih tetapi tidak mempunyai kandungan mineral atau nilai, atau mineral yang tidak diperlukan yang bersekutu, dengan bijih. |
D-Day | D-Day | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Hari bersejarah bagi pendaratan tentera bersekutu, iaitu Britain dan Amerika Syarikat di pantai Normandy, utara Perancis semasa Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini berlaku pada 6 Jun 1944. Armada Pasukan Bersekutu pimpinan Eisenhower berjaya menembusi pertahanan pasukan berikat pimpinan Jeneral Rommel dari Jerman. |
lease condensate | peluwapan pajakan | Kejuruteraan | Petroleum | Cecair gas asli diperoleh daripada gas yang dikeluarkan oleh telaga gas. Cecair ini diperoleh di pemisah pajak yang terdapat di medan gas yang berkenaan. Gas yang dikeluarkan oleh telaga gas tersebut boleh terdapat dalam bentuk gas bersekutu atau gas tidak bersekutu. Rujuk : pemisah pajak. |
Aligned Nations | Negara-Negara Bersekutu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pakatan sementara yang dibentuk oleh beberapa negara yang mempunyai matlamat yang hampir sama dan sejajar. Pakatan ini terbentuk apabila wujud ancaman terhadap kepentingan bersama. Selain itu, pakatan ini juga bersifat semikonkrit apabila tidak wujud satu dasar yang kukuh mengikat anggota ini. Dalam erti kata lain, pakatan ini tidak memiliki satu bentuk struktur organisasi atau tadbir urus yang jelas. Contohnya, Pihak Bersekutu sewaktu Perang Dunia Kedua yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis. |
associative | bersekutu | Fizik | Tiada | Tiada |
associate | bersekutu | Fizik | Tiada | Berkaitan dengan penggabungan beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan yang sama. |
associate | bersekutu | Matematik | Tiada | Berkaitan dengan penggabungan beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan yang sama. |