membrane fire protection | perlindungan api berselaput | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Perlindungan kebakaran pada anggota struktur yang menggunakan siling. |
picornavirus | pikornavirus | Biologi | Mikrobiologi | Virus berselaput dan berbentuk ikosahedron serta peka kepada asid. |
vacuole | vakuol | Herba | Tiada | Rongga berselaput yang terdapat dalam sitoplasma sel yang mengandungi udara, air, cecair, makanan separuh hadam atau bahan metabolit. Vakuol berfungsi dalam proses penghadaman, penyimpanan, perembesan dan perkumuhan. |
coated tongue | lidah bersalut | Perubatan | Tiada | Lidah berselaput sel mati, puing makanan atau mikroorganisma warna putih atau perang dan boleh ditanggalkan dengan mengikis. |
papovavirus | papovavirus | Biologi | Mikrobiologi | Virus onkogen yang tidak berselaput, berbentuk ikosahedron dengan ukuran garis pusat di antara 40 � 55 mu. Virus ini terdiri daripada tiga jenis, iaitu virus papiloma yang menyebabkan kutil kulit, virus polioma yang menyebabkan pertumbuhan tumur pada tikus, dan virus pemvakul pada monyet. |
parvovirus | parvovirus | Biologi | Mikrobiologi | Virus berbentuk ikosahedron, tak berselaput, bergaris pusat lebih kurang 22 mu. Contohnya virus yang terdapat pada tikus. |
herpesvirus | herpesvirus | Biologi | Mikrobiologi | Virus yang menyebabkan herpes. Virus ini berselaput, berkapsid, berbentuk kubus, dan asid nukleiknya berupa DNA. |
reovirus | reovirus | Biologi | Mikrobiologi | Virus yang memiliki asid nukleus RNA, tak berselaput, berbentuk ikosahedron dengan garis pusat yang berukuran 70 � 75 mu. Virus ini boleh dipencilkan dari salur penafasan dan gastrousus manusia dan haiwan. Virus ini belum dapat dipastikan sama ada boleh atau tidak boleh membawa sebarang jangkitan. |
rhabdovirus | rabdovirus | Biologi | Mikrobiologi | Virus yang memiliki asid nukleus RNA, berbentuk peluru, berselaput, bersimetri pilin dan berukuran 60 x 225 mu. Contohnya virus rabis dan stomatitis vesikel pada lembu. |
poliovirus | poliovirus | Biologi | Mikrobiologi | Virus yang memiliki asid nukleus RNA, berbentuk ikosahedron, tidak berselaput, berukuran lebih kurang 28 mu, dan boleh menyebabkan penyakit polio. |