Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.siap] | برسياڤ

Definisi : Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.siap] | برسياڤ

Definisi : 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.siap] | برسياڤ

Definisi : 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,

Peribahasa

Rusa di hutan,
     kancah sudah dijerang.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
act callpanggilan berlakonKesenianDrama dan TeaterKaedah memberitahu pelakon supaya bersiap sedia untuk masuk ke pentas. Tugas ini biasanya dilakukan oleh pengurus pentas. Sinonimpanggil bersiap.
alarumpanggil bersiapKesenianDrama dan TeaterLihatpanggilan berlakon.
spottingsokongSukanTiadaSokong: Bersiap sedia untuk memberi bantuan sokongan semasa atlet melaksanakan sesuatu unsur. Sinonim : support
supporterpenyokongSukanTiadaOrang yang bersiap sedia untuk menyokong pelaksanaan unsur. Sinonim : spotter
spotterpenyokongSukanTiadaOrang yang bersiap sedia untuk menyokong pelaksanaan unsur.
yoisediaSukanTiadaArahan untuk pelatih supaya berada dalam posisi bersiap sedia di atas duduk kaki sedia asas.
kamae tesediaSukanTiadaArahan untuk pelatih supaya berada dalam posisi bersiap sedia di atas duduk kaki sedia asas.
dead timemasa matiKejuruteraanPetroleumMasa yang diperlukan oleh sesuatu sistem pengukuran dalam kaedah pengelogan keradioaktifan, untuk bersiap-siap membuat pengukuran yang berikutnya setelah selesai pengukuran dijalankan. Dalam tempoh ini bacaan yang diberikan oleh alat tidak diambil kira. Masa diukur dalam unit mikrosaat.

Kembali ke atas