legislative | legislatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan yang terdiri daripada wakil rakyat dan anggota terpilih yang bersidang di dewan perundangan (parlimen) dan bertanggungjawab dalam menggubal dan meminda undang-undang, perlembagaan atau dasar negara. Badan ini dipimpin oleh ketua negara dan merupakan salah satu badan pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. Badan ini bertanggungjawab menggubal semua dasar negara yang melibatkan pembangunan ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan nasional. Ia bersidang mengikut jadual dan anggotanya boleh bertukar secara lantikan atau selepas pilihan raya. Contohnya, Parlimen Malaysia merupakan satu badan legislatif. Sinonim perundangan. |
computer-based collaborative learning | pembelajaran kolaboratif berasaskan komputer | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembelajaran sekumpulan pelajar dan/atau pengajar dalam menyelesaikan masalah, menyiapkan tugasan atau berkolaborasi bersama-sama, dengan menggunakan komputer untuk berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen atau paparan komputer dan lain-lain. |
Ministerial Conference | Persidangan Peringkat Menteri | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Badan tertinggi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang dianggotai oleh wakil semua negara anggota yang biasanya bertaraf menteri perdagangan. Persidangan ini mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara berkaitan WTO dan bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun. |
General Council of WTO | Majlis Umum WTO | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Badan yang dianggotai oleh wakil semua negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang biasanya bertaraf duta. Badan ini bertindak sebagai eksekutif kepada Persidangan Peringkat Menteri apabila Persidangan Peringkat Menteri tidak bersidang. Lihat juga Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Persidangan Peringkat Menteri. |
Parliamentary Secretary | Setiausaha Dewan Parlimen(penjawat awam) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Petugas khas di parlimen yang menguruskan pentadbiran parlimen sesebuah negara. Setiausaha ini turut hadir dalam persidangan untuk mencatat dan mengemaskini semua maklumat atau perkembangan terbaru persidangan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk turut sama bersidang atau mengundi. Ia merupakan seorang anggota perkhidmatan awam dan bukan seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat. |
collaborative intelligence tools | alat kecerdasan kolaboratif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola. |
International Movement of the Red Cross and the Red Crescent | Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang pada mulanya dikenali sebagai Palang Merah Antarabangsa dan kemudiannya bertukar nama pada tahun 1986 bagi merangkumi beberapa cawangan di negara Arab. Pergerakan ini membiayai Persidangan Palang Merah Antarabangsa yang merupakan badan tertinggi dalam pergerakan ini. Badan ini bersidang setiap empat tahun sekali dan anggotanya terdiri daripada wakil setiap Pertubuhan Palang Merah daripada beberapa jawatankuasa antarabangsa. Kini, lebih kurang 175 buah negara mempunyai Pertubuhan Palang Merah. Semua aktiviti pertubuhan ini dibiayai oleh yuran keahlian dan sebilangannya mendapat subsidi kerajaan. Aktiviti pergerakan ini telah berkembang sejak Perang Dunia Kedua dan meliputi pelbagai bidang. Antaranya untuk menjaga kebajikan pelarian akibat peperangan, bencana alam dan konflik etnik di serata dunia, termasuk di Hungary (1956), Somalia (1992), Rwanda (1994) dan Yugoslavia (1990-an). Pergerakan ini juga menyelaras usaha pertolongan antarabangsa dalam bencana alam seperti kejadian angin kencang dan |
United Nations (UN) | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan ini dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. Sinonim PBB. |
United Nations (UN) | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan yang diwujudkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. |