Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.kap] | برسيکڤ

Definisi : bersiap (berpakaian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.si.kap] | برسيکڤ

Definisi : 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, ber­lagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.si.kap] | برسيکڤ

Definisi : mempunyai sikap; berpegang pd sesuatu pendapat atau pandangan: Dia ~ acuh tak acuh apabila ditegur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sikap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pandangan: pendapat, sifat, resmi, resam,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, gerak-geri, rupa, tingkah laku, perangai, takah, aksi,

Kata Terbitan : bersikap,

Peribahasa

Lunak gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(4)

102

Catch your bear before you sell its skin

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Catch your bear before you sell its skin . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyberpunksiberpunkTeknologi MaklumatTiada1.Orang yang bersikap antisosial yang menggunakan komputer untuk ekspresi diri, selalunya melakukan tindakan yang merosakkan komputer. 2.Suatu genre fiksyen sains bermula daripada novel Wiliiam Gibson(1982) yang bertajuk Neuromancer.
autocratic leaderpemimpin autokratikPengurusanPerancanganSeseorang ketua yang bersikap tegas dan keras terhadap pengikutnya dengan tidak mempedulikan pandangan dan pendapat mereka dalam menetapkan matlamat organisasi. Pemimpin autokratik lazimnya mempraktikkan komunikasi sehala dengan memberikan arahan supaya dituruti oleh pengikutnya. Dalam keadaan tertentu, gaya kepemimpinan autokratik boleh menjadi berkesan, misalnya dalam organisasi ketenteraan, organisasi yang sedang menghadapi krisis dan pendekatan dalam menangani situasi pekerja yang terlalu ramai atau kurang bermotivasi.
democratic leaderpemimpin demokratikPengurusanPerancanganSeseorang ketua yang bersikap terbuka terhadap pengikutnya dengan membenarkan mereka mengambil bahagian dalam menetapkan dan mencapai matlamat organisasi. Contoh pemimpin yang demokratik ialah mereka yang menggalakkan individu dan kumpulan di bawahnya untuk turut serta dalam proses membuat keputusan.
authoritarian parentibu bapa autoritarianSosiologiTiadaIbu bapa yang bersikap mengawal dan berkuasa secara mutlak terhadap anak-anak mereka.
racialismrasialismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada perbezaan bangsa atau diskriminasi bangsa dengan bersikap prejudis atau prasangka kepada bangsa lain.
authoritarianismautoritarianismePendidikanTiadaFahaman yang berpegang kepada nilai tradisi dan mempunyai pemikiran yang tegar serta bersikap anti demokratik.
toxic masculinitykelelakian toksikUmumTiadaSifat dan kelakuan lelaki yang berasaskan norma budaya yang tidak sihat, seperti menekan emosi, bersikap dominan dan agresif.
violent behaviourtingkah laku ganasKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku agresif mana-mana individu yang memudaratkan diri sendiri, orang lain atau harta benda. Contohnya, seorang lelaki bersikap kasar dengan teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan.
mental health treatmentrawatan kesihatan mentalKriminologiKeadilan JenayahPerkhidmatan yang diberikan kepada pesakit mental untuk memulihkan tahap kesihatan mentalnya. Mental yang bercelaru menyebabkan pesakit mental bersikap agresif untuk melakukan jenayah.
administrative neutralitykeberkecualian pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran

12

Kembali ke atas