pulsus alternans | pulsus alternans | Perubatan | Tiada | Denyutan nadi kuat yang bersilih ganti dengan denyutan nadi lemah tanpa perubahan frekuensi kitar. |
duplexer | pendupleks | Geologi | Tiada | Peranti pensuisan yang digunakan di dalam radar untuk membolehkan penggunaan antena yang sama bersilih ganti untuk penghantaran dan penerimaan. |
sliding banner | sepanduk gelangsar | Teknologi Maklumat | Tiada | Paparan grafik berbentuk gambar bermaklumat di laman web yang akan bersilih ganti sama ada ke kiri atau ke kanan apabila gambar tersebut diklik. |
tracheomycosis | trakeomikosis | Biologi | Patologi | Penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh kulat yang terhad pada kawasan xilem sahaja. Penggunaannya sering bersilih ganti dengan layu vaskular. |
radio relay system | sistem geganti radio | Sosiologi | Tiada | Sistem penghantaran isyarat radio yang isyarat-isyaratnya diterima dan dihantar secara bersilih ganti dari stesen ke stesen. |
flemish bond | susunan flemish | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Susunan bata yang setiap susunannya mengandungi bata pengepala dan bata peregang secara bersilih ganti. Susunan flemish terdapat pada dinding luar yang tebalnya tidak kurang daripada panjang seketul bata. |
spinning drill | putar gelendong | Sukan | Tiada | Sejenis latihan dengan cara palang gelendong digenggam dengan kedua-dua belah tangan sambil memutar bersilih ganti kiri dan ke kanan. Latihan ini untuk menambah kelenturan pergelangan tangan. |
two-party system | sistem dua parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem parti yang memiliki dua parti yang dominan bersaing dan bersilih ganti menguasai kerajaan. Walaupun begitu, terdapat juga parti-parti lain bersaing dalam negara ini tetapi biasanya hanya salah satu daripada dua parti yang dominan ini berkuasa. Contohnya, di United Kingdom hanya Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti menguasai kerajaan walaupun dalam negara itu terdapat juga Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Liberal. |
code switching | alih-mengalih kod | Psikologi | Psikologi Umum | Kebolehan individu untuk menggunakan dua atau lebih bahasa dalam masa yang sama secara bersilih ganti. Alih-mengalih kod dikenali juga sebagai pertukaran kod. |
three-step interview | temu bual tiga langkah | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan seramai empat orang membuat aktiviti seperti berkongsi pemikiran, menjawab soalan dan mencatatkan maklumat. Murid-murid secara berpasangan memainkan peranan sebagai penemu bual dan orang yang ditemu bual secara bersilih ganti dan kemudiannya murid akan berkongsi pengalaman tersebut dalam sesi temu bual dengan kumpulan yang lain pula. |