Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.no.nim] | برسينونيم

Definisi : mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama maknanya: perkataan can­tik ~ dgn perkataan indah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersinonim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
degeneratedegeneratKimiaBiokimiaKewujudan dua kodon asid amino atau lebih yang bersinonim.
case (binding)kekulit (jilidan)PerpustakaanTiada1. kekulit: KeKulit buku yang dapat disiapkan lengkap sebelum dilekatkan pada sesebuah buku.,2. Bersinonim dengan kekulit slip.
chemotherapykemoterapiPerubatanFarmakologi

Rawatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk memusnahkan sel-sel mikroorganisma atau sel-sel kanser. Walau bagaimanapun, istilah kemoterapi lebih bersinonim dengan rawatan kanser. Dalam rawatan jangkitan kuman antibiotik digunakan sebagai agen kemoterapi manakala dalam rawatan kanser pula antineoplastik digunakan.

ErosErosKesusasteraanTiadaNama Dewa Percintaan bangsa Yunani purba. Bangsa Roman purba mengenalinya sebagai cupid. Dewa percintaan ini sering muncul dalam karya sastera klasik Eropah. Istilah Eros bersinonim dengan konsep nafsu cinta dan berahi. Dalam bidang psikiatri, istilah Eros merujuk kepada tahap keinginan seks seseorang.
neurolepticneuroleptikPerubatanTiadaKesan neurologi akibat daripada penggunaan ubat antipsikosis seperti gejala ekstrapirimidal dan Parkinsonisme. Ia bercirikan kelambatan pergerakan, terketar-ketar, ketandusan emosi dan kurang minat terhadap persekitaran. Neuroleptik juga bersinonim dengan antipsikosis.
primary circulationedaran primerSainsHidrometeorologiEdaran atmosfera yang lazim pada skala besar dan wujud akibat perbezaan sinaran mengikut latitud, putaran bumi dan taburan daratan dan lautan. Edaran primer dan edaran umum kadang-kadang dianggap bersinonim. Walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh dibezakan atas dasar pendekatan, iaitu edaran primer ialah sistem angin yang asas dengan edaran sekunder dan tertier sebagai gangguan, manakala edaran umum merangkumi sekurang-kurangnya edaran sekunder.
cyclogenesissiklogenesisMeteorologiMeteorologi PerhubunganPerkembangan putaran siklon yang sebelumnya tidak wujud dan juga penguatan putaran siklon yang sedia ada. Walaupun siklogenesis selalunya terjadi serentak dengan pendalaman (penurunan tekanan) atmosfera, kedua-dua istilah ini bukanlah bersinonim. Bandingkan siklolisis.
cyclogenesissiklogenesisSainsHidrometeorologiPerkembangan peredaran siklon yang sebelumnya tidak wujud dan juga penguatan peredaran siklon yang sedia ada. Lawannya ialah siklolisis. Walaupun siklogenesis selalunya terjadi serentak dengan pendalaman (penurunan tekanan) atmosfera, kedua-dua istilah ini bukanlah bersinonim.
grosswetterlagegrosweterlajSainsHidrometeorologiTaburan tekanan min (pada aras laut) untuk suatu selang waktu yang di dalamnya kedudukan siklon dan antisiklon pegun (kemudi) dan pengemudian dalam kawasan peredaran khas hampir tidak berubah. Oleh yang demikian, grosweterlaj adalah pola peredaran tertentu yang hampir bersinonim dengan regim gelombang panjang tertentu.

Kembali ke atas