summit meeting | sidang kemuncak | Komunikasi | Korporat | Mesyuarat berstatus tinggi yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi yang mewakili negara atau organisasi. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua negara sekiranya agenda mesyuarat adalah mengenai kepentingan antara negara. Sekiranya agenda mesyuarat tertumpu kepada kepentingan operasi organisasi atau syarikat, maka mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua eksekutifnya. Tujuan sidang kemuncak ini adalah untuk membincangkan isu dasar, mendapatkan penjelasan, serta membuat keputusan dan persefahaman secara bersama. Mesyuarat ini penting kepada organisasi atau negara kerana mampu mempamerkan kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan pihak yang terlibat. Kesannya, citra negara, organisasi, atau syarikat tersebut akan meningkat. Sebelum sidang kemuncak, biasanya beberapa sidang kecil diadakan terlebih dahulu dalam kalangan wakil pengurusan eksekutif. Persidangan kecil ini bertujuan untuk menyediakan hala tuju dan prosedur sidang kemuncak yang diadakan. Selain itu, mesyuarat kecil ini juga bertujuan untuk menyarin |
open educational resource (OER) | sumber pendidikan terbuka (OER) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan pembelajaran digital berstatus hak terbuka yang boleh diguna pakai, disalin, diadaptasi, dan dikongsikan untuk tujuan ilmiah. |
ain | zat benda | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal objek boleh disentuh seperti rumah, tanah atau haiwan yang mempunyai nilai atau tidak. Ain tidak semestinya berstatus harta. |
trick advertising | pengiklanan muslihat | Komunikasi | Korporat | Stategi pengiklanan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak supaya membeli barangan yang menggunakan sesuatu daya tarikan. Daya tarikan yang digunakan berbentuk ganjaran yang berupa barangan atau tawaran hiburan dan rekreasi yang berstatus mewah. Apabila khalayak tertarik dan cuba mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diiklankan, khalayak dikenakan beberapa syarat lain. Syarat ini selalunya menyukarkan khalayak untuk mendapatkan barangan tersebut kecuali setelah memenuhi syarat berkenaan. Contoh syarat tersebut adalah memujuk khalayak membeli barangan lain melalui syarikat yang sama yang melibatkan kos tambahan. Kaedah lain yang digunakan ialah khalayak dijanjikan faedah besar melalui cabutan bertuah yang berbentuk hadiah sekiranya membeli barangan daripada syarikat berkenaan. Namun, setelah membeli barangan tersebut, pembeli hanya mendapat hadiah termurah yang memang disediakan untuk setiap pembelian. |
cloud LMS | LMS awan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem yang dihos pada Internet dan dicapai dengan mengelog masuk ke tapak pembekal khidmat awan berkaitan. Dengan itu, pengguna tidak perlu memasang sistem pengurusan pembelajaran (LMS) di komputer mereka. Bagi pengguna berstatus pereka bentuk arahan atau pengguna sah, mereka hanya perlu menggunakan pelayar Internet untuk memuat naik kandungan, mencipta kandungan dan berkomunikasi dengan pelajar. |