angular momentum | momentum bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Momentum yang terhasil apabila sesuatu jasad melakukan gerakan putaran atau gerakan bersudut. Secara matematiknya, momentum bersudut ialah hasil darab momen inersia dengan halaju bersudut. Lihat juga gerakan bersudut. |
angular impulse | impuls bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Hasil darab tork dengan masa yang juga merupakan perubahan momentum bersudut. Lihat juga tork, momentum bersudut. |
angular motion | gerakan bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang berlaku apabila semua bahagian jasad bergerak berdasarkan satu paksi. Paksi tersebut boleh merupakan paksi luaran atau paksi dalaman. Contoh gerakan bersudut yang melibatkan paksi luaran ialah latihan tekan tubi. Dalam aksi ini, fasa gerakan tubuh ialah gerakan bersudut, manakala lantai yang menyokong hujung kaki untuk gerakan tubuh ke atas dan ke bawah menjadi paksi kepada latihan tekan tubi. |
angular blocky | blok bersudut | Pertanian | Agroteknologi | Ciri partikel tanah yang bersudut dan berbentuk kuboid, dan mempunyai enam permukaan yang sama. Struktur tanah seperti ini memudahkan pengaliran air di dalam tanah dan boleh mengelakkan masalah air bertakung pada tanaman. |
angular spiral liner | pelapik pilin bersudut | Kejuruteraan | Tiada | Pelapik bersudut yang diperbuat daripada aloi, digunakan di dalam alat pilin. |
angular line | garis bersudut | Landskap | Tiada | Garisan yang berbengkok-bengkok dan bersudut tajam. Garisan ini boleh menimbulkan perasaan teruja kepada pemerhati dan perasaan terancam atau tidak selamat dari segi psikologi seseorang. |
angular velocity | halaju bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Kadar sesaran bagi gerakan bersudut mengikut arah yang ditentukan. |
angular displacement | sesaran bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Perubahan posisi mutlak berdasarkan jarak yang dilalui dalam gerakan bersudut. Perubahan jarak diukur menggunakan unit radian, darjah atau pusingan. |
bent inverted hang swing | ayun gantung kelawar bersudut | Sukan | Tiada | Kedudukan gantung songsang bersudut dan ayun ke hadapan ataupun ke belakang. |
angular design style | gaya reka bentuk bersudut | Landskap | Tiada | Reka bentuk yang menggunakan corak bersudut sebagai corak asas. |