Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.bur] | برتابور

Definisi : 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tem­pat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.bur] | برتابور

Definisi : 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,

Puisi
 

Baik-baik menabur bayam,
     Jangan bertabur ke benih maman;
Baik-baik memelihara ayam,
     Helang berlegar tengah laman.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Nak kaya berdikit-dikit,
     nak ramai bertabur urai.

Bermaksud :

Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corak bertaburcorak bertaburKesenianTiadaCorak tembikar berunsur geometri berbentuk pelbagai motif seperti bunga-bungaan yang memenuhi ruang.
distributive pairingpemasangan bertaburBiologiGenetikPemasangan kromosom semasa metafasa meiosis yang mengakibatkan pengagihan yang sempurna ke dalam sel anak.
sauk tangansauk tanganKesenianTiadake celah benang lungsin untuk membentuk corak kecil atau bertabur.
porous materialbahan berliangFizikAkustikBahan yang mempunyai liang udara dengan saiz yang terkawal dan bertabur secara seragam.
initial recombinationgabung semula awalKejuruteraanTiadaPasangan ion yang terhasil berhampiran antara satu sama lain tetapi ia bertabur secara rawak dalam gas.
dotted swiss (fabric)swiss berbintik (fabrik)SosiologiTiadaFabrik kapas atau muslin yang jarang dan nipis, dihias dengan bintik-bintik kecil yang bertabur secara seragam.
anthraquinoneantrakuinonHerbaPemiawaianSebatian organik aromatik yang mempunyai kumpulan keton yang terikat di pusat gelang. Antrakuinon merupakan terbitan daripada kumpulan kuinon, mempunyai kumpulan hidroksi dengan ciri fenolik dan bertabur secara meluas dalam kulat, liken dan tumbuhan peringkat tinggi. Antrakuinon juga merupakan kumpulan pigmen pewarna yang terbesar dan dikenali juga sebagai 9,10-antrakuinon. Contohnya, aloin, barbaloin, aloe-emodin yang diperoleh daripada bahagian daun lidah buaya (Aloe vera).
spot glueingpemerekatan tompokPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses pemerekatan yang dilakukan dengan mengenakan perekat secara bertompok-tompok ke atas kepingan venir atau kayu. Tompok-tompok perekat biasanya bertabur secara sekata. Kaedah ini boleh menjimatkan penggunaan perekat.

Kembali ke atas