photoreceptor cells | sel fotoreseptor | Veterinar | Praklinikal | Sel yang melapik retina. Fotoreseptor bertanggungjawab mengesan dan bertindak balas kepada cahaya. Terdapat dua jenis sel fotoreseptor; iaitu rod dan kon. Rod terletak di periferi pandang; bertindak balas kepada cahaya berkeamatan rendah dan dikaitkan dengan penglihatan waktu malam. Kon pula terletak di fovea; bertindak balas kepada cahaya berintensiti tinggi dan dikaitkan dengan penglihatan waktu siang. |
cross-reacting antibody | antibodi tindakan balas silang | Sains Forensik | Tiada | Antibodi yang boleh bertindak balas dengan antigen selain daripada antigen khusus yang mengaruh penghasilannya. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, antibodi yang bertindak balas dengan metamfetamina juga boleh bertindak balas terhadap pseudoefedrina dan tindakan balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu. Lihat juga positif palsu. |
antiantibody | antiantibodi | Perubatan | Tiada | Antibodi yang bergabung dengan molekul imunoglobulin yang telah bertindak balas dengan antigen tetapi tidak dengan imunoglobulin yang belum bertindak balas. |
irreversible reaction | tindak balas tak berbalik | Kimia | Tiada | Tindak balas yang berlaku pada satu arah. Dalam tindak balas ini, bahan-bahan bertindak balas sehingga satu atau semua bahan habis bertindak balas dan hasilnya tidak dapat bertindak balas sesama sendiri untuk menghasilkan bahan tindak balas asal. Misalnya, tindak balas di antara natrium hidroksida dengan asid hidroklorik untuk menghasilkan natrium klorida dan air. |
chromogenic substrate | substrat kromogenik | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Peptida sintetik yang bertindak balas dengan enzim untuk menghasilkan produk yang keamatan warnanya berkadar terus dengan aktiviti enzim. Keamatan warna boleh X-Gal yang bertindak balas dengan enzim ?-galaktosidase untuk menghasilkan 5-bromo-4-kloro-3-hidroksiindol yang kemudiannya dioksidakan menjadi produk berwarna biru tua. Lihat juga X-Gal. |
basic compound group | kumpulan sebatian berbes | Herba | Fitokimia | Sebatian organik bersifat bes yang bersedia untuk membentuk garam apabila bertindak balas dengan asid. Contohnya, morfina membentuk garam ammonium morfina apabila bertindak balas dengan asid hidroklorik. Pada umumnya, sebatian berbes ini mengandungi unsur nitrogen. Lihat juga alkaloid. |
nanoparticle reactivity | kereaktifan nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
masking agent | agen penopengan | Kimia | Kimia Analisis | Reagen yang dapat digunakan untuk bertindak balas dengan spesies yang mengganggu dalam suatu penentuan. Misalnya ion ferik dapat ditopengkan oleh ion fluorida untuk membentuk FeF3-6 yang stabil dan tidak bertindak balas dengan reagen lain. |
digestive enzyme | enzim saluran pencernaan | Veterinar | Tiada | Enzim endogen yang dihasilkan oleh kelenjar pada organ-organ tertentu dalam sistem pencernaan haiwan. Contohnya, enzim amilase dari kelenjar liur yang bertindak balas terhadap kanji, pepsin dari dinding perut yang bertindak balas terhadap protein dan lipase dari dinding usus yang bertindak balas terhadap lemak dan lipid. Terdapat juga enzim-enzim pencernaan yang dikeluarkan oleh organ-organ aksesori seperti kimotripsin dari pankreas dan hempedu dari hepar. Enzim-enzim ini mempunyai sifat khusus dari segi aktivitinya dan bertindak terhadap sesuatu sebatian untuk menghasilkan unit-unit terkecil nutrien supaya mudah diserap. |
extent of dispersion | takat sebaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah jumlah permukaan atom mangkin yang terdedah dan bersedia untuk bertindak balas terhadap jumlah permukaan atom yang ada. Takat sebaran ialah satu jika kesemua atom yang ada terdedah dan bersedia untuk bertindak balas. |