litmus | litmus | Kimia | Biokimia | Serbuk amorfus berwarna biru yang larut di dalam air dan berubah warna kepada merah pada nilai pH 4.5, atau berubah warna kepada biru pada nilai pH 8.3. Serbuk ini diperoleh daripada liken, terutama daripada spesies Variolaria lecanora dan Variolaria rocella, dan digunakan sebagai penunjuk dalam kimia analisis, lih.kertas litmus. |
discoloured water | air berubah warna | Geografi | Tiada | Tiada |
vein clearing | penjernihan urat | Biologi | Patologi | Gejala berubah warna, biasanya menjadi lebih jernih, dan kekuningan pada urat daun, yang menyebabkan urat tersebut tidak nampak jelas. bd. penjernihan urat. |
photochromic | fotokroma | Kejuruteraan | Tiada | Berkenaan dengan kaca khas yang berubah warna dan, dengan itu, mengubah jumlah cahaya yang dihantar apabila cahaya yang menimpanya bertambah atau berkurangan. Sinonim: fotopeka. |
gives-off (colour) | luntur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Turun atau berubah warna seperti kain, cat dan lain-lain. |
fall foliage | daun musim gugur | Landskap | Tiada | Dedaun yang berubah warna sebelum luruh pada musim gugur. |
blotch | belobor | Biologi | Patologi | Gejala berupa kawasan luas yang berubah warna daripada warna asalnya (nyahwarna). Pada daun, kawasan tersebut tidak selalunya bersempadankan urat. Oleh itu ia tidak sekata. bd. belak, mozek. |
blotch | belobor | Kimia | Tiada | Gejala berupa kawasan luas yang berubah warna daripada warna asalnya (nyahwarna). Pada daun, kawasan tersebut tidak selalunya bersempadankan urat. Oleh itu ia tidak sekata. bd. belak, mozek. |
caries | karies | Perubatan | Tiada | Kereputan gigi atau tulang yang menyebabkannya lembut, berubah warna atau poros. |
Ehrlick reagent | reagen Ehrlick | Kimia | Biokimia | Reagen yang mengandungi p-dimetilaminobenzildehid dan berubah warna kepada merah apabila bertindak balas dengan porfobilinogen, asid 8-amino levulinik atau sebatian lainnya. |