broadsheet | terbitan lebar sehelai | Perpustakaan | Tiada | Terbitan lebar sehelai: Risalah pengiklanan yang berukuran tidak lebar, tetapi panjang, biasanya berukuran kuarto dan mungkin dicetak pada kedua-dua belah bahagian. |
broadside | halaman lintang; pelipat lintang; iklan lipat; terbitan lebar sehelai | Perpustakaan | Tiada | . Risalah lebar sehelai: Risalah Pengiklanan yang berukuran tidak lebar, tetapi panjang, biasanya berukuran kuarto, dan mungkin dicetak pada kedua-dua belah bahagian. |
cutting unit | unit potongan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keluasan permukaan kayu yang berukuran 1 inci lebar dan 1 kaki panjang, yang bersamaan 12 inci persegi. Misalnya, jumlah unit potongan bagi kayu berukuran 6 inci lebar dan 6 kaki panjang ialah 36 unit potongan. Peratusan unit potongan muka bersih digunakan dalam pengredan kepingan kayu. |
cavity wall | dinding rongga | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Dinding pemisah yang dibina daripada dua lapisan bata dan dipisahkan oleh ruang atau rongga untuk mewujudkan penebatan akustik. Setiap tebal dinding berukuran 110 mm manakala rongganya berukuran 50 mm yang menjadikan tebal keseluruhan 275 mm. Dinding rongga digunakan sebagai dinding luar kerana dinding ini mudah menyalirkan air yang meresap ke dalam keluar dari dinding tersebut. Dinding ini juga mempunyai rintangan terma yang rendah terhadap kehilangan haba. (Rajah 25) |
growing stock | stok tumbuhan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Pokok-pokok hidup di kawasan tanah hutan yang terdiri daripada spesies komersial mengandungi sekurang-kurangnya satu batang balak yang berukuran 12 kaki panjang atau 2 batang balak yang berukuran 8 kaki panjang atau lebih dari itu atau sekurang-kurangnya 8 kaki panjang bagi sebatang balak dan mencapai spesifikasi piawai saiz, kualiti dan piawai boleh diniaga. |
built-up beam | rasuk terbina | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Rasuk yang terbentuk daripada gabungan anggota-anggota kecil yang disatukan untuk menjadi rasuk yang lebih besar ukurannya. Misalnya, rasuk berukuran 150 mm x 300 mm boleh diperbuat daripada 3 anggota yang berukuran 50 mm x 300 mm. Rasuk ini digunakan untuk menyokong lantai yang lebar. |
knife | mata pisau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat pemotong pada bindu penghiris venir dan juga alat pengetam kayu. Mata pisau pada bindu dan penghiris venir berukuran panjang, dan berjulat antara 1.5 m hingga 3 m, sementara mata pisau pada alat pengetam biasanya berukuran kecil seperti saiz mata pahat. |
paguta | paguta | Kesenian | Tiada | yang berukuran 365 cm panjang dengan ukur lilit 30 cm untuk menggantung/menyangkut benang yang telah dijadikan lungsin. Dua lubang ditebuk untuk menghasilkan bunyi sebagai tanda ketegangan/rapat benang. |
trimer | trimer | Teknik | Elektrik | Pemuat berukuran kecil yang dipasang selari dengan pemuat besar. Pemuat ini digunakan untuk pelarasan pemuat pada julatan kecil, seperti pemuat di bahagian penalaan stesen radio. |
microphagous | mikrofaj | Perubatan | Tiada | Fagosit yang berukuran kecil. |